Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siri operasi di beberapa buah negeri bagi menahan kakitangan sektor awam yang terlibat dalam kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya memandang serius gejala rasuah khususnya dalam agensi kerajaan dan akan terus menggunakan segala keupayaan serta kekuatan yang ada bagi mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
Menurut beliau, SPRM dijangka akan memanggil dan menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan terlibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam masa terdekat.
"Mereka yang akan dipanggil terdiri daripada pegawai badan awam dan syarikat milik kerajaan (GLC). SPRM akan menangkap individu-individu ini yang terlibat tidak kira 'jerung' atau 'ikan bilis' kerana perbuatan sedemikian.
SPRM sedaya upaya cuba membersihkan perkhidmatan awam termasuk GLC daripada gejala ini dan usaha digemblengkan untuk mengesan pegawai badan awam yang terlibat dalam kegiatan rasuah," katanya kepada Bernama di sini.
Sejak Ogos lalu, negara telah digegarkan dengan beberapa siri penangkapan oleh SPRM yang melibatkan beberapa individu penting dalam agensi kerajaan sehingga mereka didakwa di mahkamah.
Mereka termasuklah pegawai tinggi di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Bank Rakyat.
"SPRM sentiasa mengambil langkah-langkah holistik untuk membendung perbuatan rasuah dan salahguna kuasa kerana ia merupakan satu perkara yang boleh memudaratkan ekonomi negara sekali gus memberi impak negatif kepada kehidupan rakyat selain menyebabkan masalah sosial yang serius.
Kita tidak mahu perkara sedemikian berlaku dan menyebabkan rakyat sengsara akibat perbuatan segelintir orang yang tidak berintegriti," katanya.
Azam berkata tindakan ini selaras dengan hasrat Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad yang mahu SPRM memberi tumpuan untuk membasmi rasuah dalam agensi penguatkuasaan, kawal selia, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.
Azam juga berkata tindakan agresif SPRM membuktikan pihaknya tidak akan bertolak ansur jika siasatan membuktikan terdapat perbuatan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pegawai sektor awam.
"Kejayaan SPRM menahan beberapa pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan baru-baru ini merupakan hasil kerjasama dan sokongan daripada orang ramai secara berterusan.
SPRM akan menyiasat semua kes dengan terperinci dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang yang sedia ada. Maka tidak wujud isu kes kecil atau besar.
"Selagi sesuatu kes mempunyai unsur rasuah, SPRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang yang ada," tambahnya.
Bernama
Mon Sep 19 2016

Tindakan agresif SPRM membuktikan pihaknya tidak akan bertolak ansur jika siasatan membuktikan terdapat perbuatan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pegawai sektor awam. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki
SPRM akan beradaptasi dengan teknologi baharu termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini selaras dengan iltizam kerajaan.

Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Op Sky: Tiga pegawai bank dipecat, direhatkan lulus pinjaman tanpa prosedur - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin individu yang terlibat dalam kes Op Sky akan dibawa ke muka pengadilan selewat-lewatnya pada Mac ini.

Siasatan kes 18 ADUN Sabah akan diselesai segera, perlu saksi sesuai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan saksi yang sesuai bagi memastikan dakwaan itu kukuh.

Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki
Seramai 18 individu akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman.

Op Sky: Tiga selebriti dirakam keterangan, SPRM fokus lengkapkan siasatan
Tiga selebriti telah dirakam keterangan pada Khamis bagi siasatan lanjut berhubung Op Sky melibatkan pinjaman peribadi penjawat awam.