Kesemua pengunjung Bukit Bendera yang terkandas apabila perkhidmatan kereta api funikular yang tergendala malam tadi berjaya dibawa turun ke stesen bawah dengan selamat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata kesemua mangsa seramai 966 orang dibawa turun menaiki pacuan empat roda ke Taman Botani.
Mereka kemudiannya dibawa menggunakan bas untuk tiba ke stesen bawah Bukit Bendera untuk ke kenderaan masing-masing.
"Secara keseluruhannya seramai 966 pengunjung terjejas yang membabitkan 793 pengunjung dari stesen atas dan 173 pengunjung dari stesen tengah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Kesemua mereka terkandas selepas kereta api funikular itu terkandas di stesen tengah," katanya.
Operasi membawa turun pengunjung yang terjejas bermula jam 8.30 malam dan tamat sepenuhnya kira-kira jam 1.03 pagi.
BACA: 150 pengunjung Bukit Bendera terkandas, perkhidmatan funikular rosak
VIDEO: Agong, Raja Permaisuri lawat The Habitat, Bukit Bendera
Semalam Perbadanan Bukit Bendera (Penang Hill Corporation atau PHC) dalam satu kenyataan memohon maaf atas kesulitan yang dialami para pengunjung pusat peranginan itu akibat kereta api funikular tersebut tergendala berpunca daripada masalah kerosakan sistem.
Pasukan operasi PHC sedang bekerja keras bagi mengatasi masalah itu.
VIDEO: Sistem kereta kabel baharu Bukit Bendera mampu rancak ekonomi negeri
Siti Norbaya Abidin
Sun Dec 22 2019
Operasi membawa turun pengunjung yang terjejas bermula jam 8.30 malam dan tamat sepenuhnya kira-kira jam 1.03 pagi. Foto JBPM Pulau Pinang
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Projek pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula 15 Oktober
Beliau berkata tempoh penutupan adalah dari 15 Okt, iaitu sebaik projek berkenaan dimulakan dan mengambil masa selama dua tahun dan dijangka siap 30 Jun 2026.
Funikular Bukit Bendera ditutup 5 hingga 11 Jun
PBBPP menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama pada setiap tahun menerusi pengawasan jurutera pengeluar funikular.
Perkhidmatan bas percuma ke Bukit Bendera sempena Tahun Baharu Cina
Perkhidmatan pengangkutan secara percuma itu disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.
Perkhidmatan funikular Bukit Bendera dihentikan sementara 13 Mac ini
PBBPP dalam kenyataannya berkata, penutupan sementara itu bagi membolehkan pemeriksaan khas ke atas struktur landasan funikular dijalankan.
Dakwaan Bukit Bendera disenarai 100 'perangkap pelancong' tak benar - Exco
Kenyataan yang dibuat dalam artikel bertarikh 24 Ogos itu sama sekali tidak benar berikutan hanya dibuat berdasarkan 24 ulasan buruk yang diambil secara rawak.
Hos brek trek bocor, PBBPP mohon maaf pengunjung Bukit Bendera terkandas hampir tiga jam
Kejadian berlaku pada jam 4 petang Ahad, namun perkhidmatan funikular kembali beroperasi seperti biasa pada jam 6.45 petang.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Bukit Bendera diiktiraf sebagai rizab biosfera oleh UNESCO
Pengiktirafan itu sekali gus menjadikannya sebagai tempat ketiga diiktiraf sebagai rizab biosfera selepas Tasik Chini dan Banjaran Crocker.
Perkhidmatan kereta kabel tergendala, 150 pengunjung Bukit Bendera terkandas
Seramai 150 pengunjung Bukit Bendera termasuk warga emas dan kanak-kanak terkandas di Stesen Tengah pusat peranginan itu pada petang Sabtu.
Bukit Bendera dijangka terima pengiktirafan UNESCO - PHC
Pengurus Besarnya Datuk Cheok Lay Leng berkata, Kabinet baru-baru ini telah meluluskan kertas kerja untuk permohonannya yang dibentangkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.