KUANTAN: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang diletakkan dalam mod siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka berlaku di beberapa bahagian perairan negara sehingga 25 Jan.
Pengarah APM Negeri, Kolonel Che Adam A Rahman berkata, seramai 500 anggota dan sukarelawan di semua 11 daerah di seluruh negeri telah diarah bersedia jika berlaku banjir kilat atau lain-lain kecemasan.
Malah katanya, anggota APM sepenuh masa tidak dibenarkan bercuti panjang kecuali berlaku kecemasan sahaja.
"Bendera merah telah dinaikkan di semua pantai popular di negeri ini untuk memberi amaran kepada pengunjung pantai dan mereka yang terlibat dalam sukan laut tentang potensi gelombang kuat.
"Memandangkan perayaan (Tahun Baharu Cina) dan cuti sekolah, mungkin terdapat peningkatan pengunjung di pantai.
"Pasukan penyelamat ditempatkan di pantai-pantai di sini termasuk Teluk Chempedak, Sepat dan Pulau Tioman, dan kami berharap pengunjung di pantai itu akan mematuhi arahan APM untuk tidak memasuki air berikutan keadaan laut yang bergelora,” katanya.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran kategori pertama angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Keadaan ini semestinya akan memberi ancaman kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.
Malah, pada 19 Jan lalu, MetMalaysia juga telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di Johor dan negeri pantai timur Pahang, Kelantan dan Terengganu sehingga 22 Jan.
Justeru itu, Che Adam menasihatkan penggemar aktiviti luar supaya lebih berwaspada ketika melawat kawasan rekreasi atau mendaki kerana musim hujan boleh mendedahkan orang ramai kepada bahaya termasuk tersesat di dalam hutan atau dilanda fenomena 'kepala air'.
"Jangan sesekali ambil mudah semasa melakukan perjalanan luar dan sentiasa peka dengan perubahan corak cuaca. Sekiranya hujan lebat atau awan gelap, sebaiknya segera meninggalkan kawasan itu.
"Mereka yang tinggal di kawasan rendah berhampiran laut atau sungai dinasihatkan supaya peka dengan fenomena air pasang besar. Sukar untuk meramalkan bila kejadian banjir akan berlaku, jadi lebih baik bersiap sedia sepanjang masa semasa cuaca tidak menentu," tambahnya lagi.
Azee Shafy
Sun Jan 22 2023

Che Adam A Rahman berkata, seramai 500 anggota dan sukarelawan di semua 11 daerah di seluruh negeri telah diarah bersedia jika berlaku banjir kilat atau lain-lain kecemasan. - Foto Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Lebih 500 anggota APM Pahang siap siaga hadapi bencana
APM Pahang berada dalam mod siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka berlaku di beberapa bahagian perairan.