Lebih 44 juta keping penutup hidung dan mulut telah diedarkan untuk kegunaan petugas barisan hadapan dan orang ramai di seluruh negara setakat 18 April lepas.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), daripada jumlah itu, sebanyak 11.9 juta adalah untuk petugas barisan hadapan manakala 32.6 juta diedarkan secara berperingkat kepada 8.163 juta isi rumah bermula 2 April lepas.
Pengagihan dibuat kepada semua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) iaitu Angkatan Pertahanan Awam dan setiap paket berisi empat keping penutup hidung dan mulut ini dilabel sebagai pemberian Kerajaan Malaysia.
"Bagi urusan logistik, JPBN mengagihkan penutup hidung dan mulut ini kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.
"Kemudiannya diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Ketua Kampung, Ketua Komuniti Persatuan Penduduk, Badan Pengurusan Bersama atau Perbadanan Pengurusan untuk membantu proses agihan kepada setiap isi rumah di lokaliti masing-masing," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.
Selain itu, NADMA memaklumkan Malaysia turut menghantar sumbangan penutup hidung dan mulut sebanyak 1 juta keping ke Palestin dan 2 juta keping ke Bosnia Herzegovina.
Sementara itu, sehingga 20 April 2020, Tabung COVID-19 telah menerima sumbangan berjumlah RM27.8 juta, termasuk RM1 juta sumbangan Kerajaan Malaysia.
Daripada jumlah ini, sebanyak RM14.7 juta telah disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Yayasan Kebajikan Negara bagi meningkatkan kemampuan kedua-dua agensi dalam mengagihkan bantuan kepada golongan memerlukan di seluruh negara.
Sebanyak RM320,000 telah disalurkan sebagai Bantuan Khas Pengurusan Kematian untuk 64 kematian manakala RM42,700 diserahkan sebagai Bantuan Khas Hilang Pendapatan kepada 31 individu yang hilang pendapatan sepanjang berada di hospital akibat positif COVID-19 atau telah diarahkan menjalani kuarantin (individu kontak rapat) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 20 2020
Sebanyak 11.9 juta penutup hidung dan mulut adalah untuk petugas barisan hadapan. - Bernama
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Belanjawan 2024: NADMA diperuntuk RM300 juta hadapi banjir - Anwar
Beliau berkata ini termasuk RM100 juta yang bakal disalurkan segera selepas pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI hari ini.
Lagi kejadian tanah runtuh di Indonesia, dua terkorban
Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang hilang.
Amaran hujan berterusan di empat negeri sehingga 1 Feb
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi beberapa kawasan di Sarawak, Sabah, Pahang dan Johor sehingga 1 Feb ini.
Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR dibantu alat GPR kesan jasad manusia
Empat alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) (radar menembusi tanah) yang kali pertama digunakan untuk mengesan jasad manusia dalam kes tanah runtuh di Malaysia, dibawa ke lokasi tragedi di sini
Mangsa banjir seluruh negara meningkat 2,550 orang
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,550 orang melibatkan 755 keluarga di lima negeri setakat jam 7 pagi Isnin.
JPBN diarah waspada Amaran Hujan Lebat Berterusan - NADMA
Pada lewat petang hingga malam ini ribut petir boleh berlaku di pantai timur Semenanjung berdasarkan laporan MET Malaysia.
Nadma pertimbang pengesahan kematian untuk bantuan COVID-19
Ia termasuk borang permohonan sijil kematian, permit menguburkan atau apa sahaja bentuk dokumen perakuan kematian.
NADMA sedang kenal pasti anggota APM terima suntikan vaksin fasa pertama
NADMA sedang mengenal pasti barisan hadapan dalam kalangan pegawai dan anggota APM yang akan diberi suntikan vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Hospital swasta P. Pinang mula terima pesakit COVID - Ketua Menteri
Beberapa hospital swasta di Pulau Pinang telah mula menerima pesakit COVID-19.
RM45 juta dari Tabung COVID-19 diagihkan - NADMA
Tabung COVID-19 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac tahun lepas telah menerima sumbangan terbaharu sebanyak RM20 juta baru-baru ini.