ALOR GAJAH: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang mengenal pasti barisan hadapan dalam kalangan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang akan diberi suntikan vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata mereka termasuk dalam kalangan yang kerap berurusan dengan orang awam secara terus, sekali gus berisiko terdedah dengan virus berkenaan.
Beliau berkata senarai nama mereka masih belum diputuskan setakat ini, namun beliau yakin yakin ia akan dapat dimuktamadkan selewat-lewatnya minggu hadapan.
"Bagi fasa pertama ini sebahagiannya akan diberi keutamaan manakala sebahagian lagi akan diberi suntikan secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan," katanya kepada Bernama selepas Program Info On Wheels (IOW): Hebahan Mengenai Program Vaksinasi dan Proklamasi Darurat di Pasar Malam Alor Gajah di sini, hari ini.
Terdahulu beliau mengedarkan risalah berkaitan kepentingan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam usaha memutuskan rantaian pandemik di negara ini kepada pengunjung dan peniaga di pasar malam itu.
Sementara itu Mohd Redzuan berkata Program IOW penting dalam usaha menyalurkan maklumat tepat dan sahih, berkaitan kepentingan vaksinasi kepada rakyat agar program berkenaan berjalan lancar.
Beliau berkata menerusi program turun padang itu juga, rakyat akan digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, sekali gus segera membuat pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera.
"Kita turut menyarankan kepada rakyat agar terus mengamalkan norma baharu dalam kehidupan mereka seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial walaupun telah mendapat suntikan vaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata mereka termasuk dalam kalangan yang kerap berurusan dengan orang awam secara terus, sekali gus berisiko terdedah dengan virus berkenaan. - Foto BERNAMA
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
Sistem hebahan amaran awal banjir menerusi SMS diwujudkan - NADMA
Sistem hebahan diwujudkan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan syarikat telekomunikasi antaranya CelcomDigi, Maxis dan UMobile.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
Taufan Tropika Trami: Malaysia hulur bantuan kemanusiaan dan bencana ke Filipina
Malaysia menghulurkan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) kepada Filipina susulan taufan Tropika Trami yang menjejaskan puluhan ribu penduduk negara itu.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak kekal, Selangor berkurang
Di Selangor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 25 orang daripada lapan keluarga pagi ini dan ditempatkan di dua PPS.
Jumlah mangsa banjir di Perak, Selangor catat penurunan, Kedah kekal
Jumlah mangsa banjir di Perak dan Selangor mencatat penurunan kepada 573 mangsa malam tadi berbanding 713 orang petang semalam.
Hampir 4,000 mangsa banjir masih ditempatkan di 27 PPS
Sebanyak 3,848 mangsa banjir masih berlindung di 27 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.
Mangsa banjir berkurangan petang ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 3,411 mangsa petang ini berbanding 3,880, pagi tadi.
Seramai 3,880 mangsa banjir masih berada di 28 PPS setakat pagi ini
Menurut laman sesawang rasmi Public Info Banjir, paras air di Sungai Bernam melebihi tahap bahaya manakala di Sungai Langat di Kuala Langat melebihi tahap waspada.