KUALA LUMPUR: Seramai 120,615 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat serta kira-kira 200,000 veteran ATM akan menerima manfaat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata menerusi Mesyuarat Kabinet hari ini mengesahkan bantuan khas kewangan tersebut merangkumi pegawai dan anggota serta veteran ATM yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sama ada berpencen atau tidak berpencen.
"Bagi veteran ATM yang masih belum berdaftar dengan JHEV, disarankan agar segera melakukan pendaftaran yang membolehkan manfaat bantuan khas kewangan ini dinikmati.
"Kementerian Pertahanan percaya, bantuan khas kewangan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu anggota dan veteran ATM melakukan persiapan menjelang sambutan perayaan pada 1 Syawal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hishammuddin turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ismail Sabri dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Kabinet kerana mengambil kira anggota dan veteran ATM dalam pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini serta bantuan-bantuan lain sebelum ini.
"Ini bukan sahaja menggambarkan keprihatinan terhadap soal kebajikan warga ATM tetapi juga menyerlahkan penghargaan yang tidak berbelah bahagi terhadap jasa serta pengorbanan para anggota dan veteran ATM kepada negara," katanya.
Semalam, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) dan RM250 kepada pesara kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
Kementerian Pertahanan percaya, bantuan khas kewangan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu anggota dan veteran ATM melakukan persiapan menjelang sambutan perayaan pada 1 Syawal. - Gambar fail/BERNAMA
Nahas Azerbaijan Airlines: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia di Kazakhstan yang memerlukan bantuan, atau inginkan maklumat lanjut diminta menghubungi Kedutaan Malaysia di Astana
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah dan CSAM
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran
JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Lebih 320,000 pegawai, anggota dan veteran ATM terima bantuan khas Aidilfitri - Hishammuddin
Seramai 120,615 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat serta kira-kira 200,000 veteran ATM akan menerima manfaat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.