KUALA LUMPUR: Seramai 339 pegawai polis yang mempunyai masalah disiplin, terlibat dalam proses pertukaran di seluruh negara sejak 2018 hingga Januari lepas.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan daripada jumlah itu, 294 pegawai atau 86.7 peratus ditukarkan ke Semenanjung, 25 pegawai (7.4 peratus) ditukarkan ke Sabah dan 20 pegawai (5.9 peratus) ditukarkan ke Sarawak.
"Pertukaran tersebut dilakukan, kerana didapati pegawai polis yang terlibat mempunyai masalah disiplin dan integriti serta melakukan kesalahan jenayah," menurut jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Ia bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai jumlah pegawai polis dari Semenanjung Malaysia yang dipindahkan ke Sarawak atas faktor masalah disiplin.
Menurut KDN antara isu dan kesalahan dilakukan pegawai yang ditukarkan ialah, mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin sehingga menganggu keharmonian rumah tangga, ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang telah berkahwin, dan terlibat dalam kegiatan dan aktiviti tidak bermoral.
KDN memaklumkan pertimbangan dalam membuat keputusan tersebut mengambil kira dasar dan peraturan pertukaran sedia ada, iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004 (Panduan Pertukaran Pegawai Awam) yang menjelaskan pertukaran tidak digunakan sebagai hukuman, kecuali ia dapat membantu melicinkan proses tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023

Seramai 339 pegawai polis yang mempunyai masalah disiplin, terlibat dalam proses pertukaran di seluruh negara sejak 2018 hingga Januari lepas.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
![[KOLUMNIS] Masalah disiplin pelajar: Kembalikan kuasa autokratik kepada sekolah [KOLUMNIS] Masalah disiplin pelajar: Kembalikan kuasa autokratik kepada sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711263978_Rotan.jpg)
[KOLUMNIS] Masalah disiplin pelajar: Kembalikan kuasa autokratik kepada sekolah
Dengan pelaksanaan hukuman rotan, ia akan memupuk rasa sedar dan dapat mengurangkan kekerapan masalah disiplin yang timbul.

Tiada kompromi anggota polis ada masalah disiplin - Saifuddin
KDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota PDRM yang mempunyai masalah disiplin serta melanggar etika kerja.

31 pegawai, anggota polis dibuang kerja - Allaudeen
Seramai 31 pegawai dan anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur dikenakan tindakan dibuang kerja sejak Januari hingga November lepas.

Lebih 300 pegawai polis ditukar akibat masalah disiplin sejak 2018 - KDN
Seramai 339 pegawai polis yang mempunyai masalah disiplin, terlibat dalam proses pertukaran di seluruh negara sejak 2018 hingga Januari lepas.

Mohd Khairuddin digugurkan sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas - Abdul Hadi
Pengguguran bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas itu disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat pada Rabu.

Syahir, Zulkifli dalam pertimbangan dipanggil semula skuad kebangsaan
Kedua-dua mereka perlu melepasi beberapa ujian dalam sesi pemilihan bagi membuktikan kredibiliti sebelum mendapatkan semula kedudukan sebagai tekong utama.

Coppa Italia: Ibrahimovic mohon maaf jadi punca Milan tersingkir - Pioli
Ibrahimovic diarahkan keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua gara-gara mengasari Aleksandar Kolarov sebelum sejam permainan.

Tujuh pemain ping pong negara desak campur tangan Syed Saddiq
Nama tujuh pemain ping pong negara sebelum ini digugurkan ke Sukan Sea 2019 oleh Persatuan Ping Pong Malaysia atas alasan disiplin.

PSM diminta perjelas isu gugur dua tekong negara
Jawatankuasa berkenaan juga mahu mendengar perancangan PSM selepas menggugurkan Mohd Syahir Rosdi dan Muhammad Zulkifli Abd Razak yang dikatakan terbabit dengan masalah disiplin.

Azroy terlepas kejohanan di China ekoran masalah disiplin
Pemenang pingat emas kategori 55kg Sukan Komanwel 2018 itu didakwa jarang berlatih sejak pengendali, Wang Zhi Quan, pulang ke China.