TUMPAT: Seperti hari kelepasan am lain, suasana di Pantai Sri Tujoh yang terkenal dengan keindahan pantainya setiasa meriah dengan pengunjung untuk bersantai dan menjalankan aktiviti rekreasi bersama-sama keluarga serta rakan taulan.
Namun, suasana kawasan pelancongan ini semakin bertambah, sempena cuti perayaan Deepavali apabila lebih 200 motosikal klasik Honda C70 'menawan' kawasan pantai yang menghadap Laut China Selatan itu dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik.
Presiden Kelantan Custom Rare Shazwan Saupi berkata program diadakan melibatkan kerjasama kelab Rachun Dhoniaa, kelab motosikal klasik Honda C70 dari utara tanah air.
"Gathering V2 Kelantan Custom Rare dengan tema 'Orang Lama Kembali Lagi' berjaya mengumpulkan lebih 200 peserta melibatkan ahli kelab Kelantan Custom Rare serta Rachun Dhoniaa dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, selain pemilik motosikal dari Terengganu," katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.
Menariknya, selain menunggang motosikal klasik, peserta terlibat mengenakan pakaian gaya orang lama lengkap dengan semutar (kain pelilit kepala) dan songkok sebagai simbolik tema sambutan.
Bercerita lanjut, Shazwan berkata program diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangnan ahli kelab pemilik motosikal klasik itu.
"Sebagai tuan rumah, kita meraikan sahabat dari utara tanah air. Malah untuk sesuaikan dengan tema program, ahli kelab Kelantan Custom Rare turut menyiapkan sebuah gerai atau kedai kopi yang dibina menggunakan kayu terbuang bagi mengembalikan nostalgia serta gaya lama pada aktiviti hari ini," katanya.
Menurut Shazwan program sehari itu diadakan bermula 12 tengah hari hingga 11 malam ini.
"Selain berkumpul, kita turut adakan pameran motosikal klasik, acara sukaneka, solat berjemaah, kuliah agama, bacaan tahlil, pertunjukan api dan cabutan bertuah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023

Lebih 200 motosikal klasik Honda C70 'menawan' kawasan Pantai Sri Tujoh. - Gambar/ FB FB Ahmad Baihaqi

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Lebih 200 Honda klasik C70 'tawan' Pantai Sri Tujoh
Lebih 200 motosikal klasik Honda C70 'menawan' kawasan Pantai Sri Tujoh.