LANGKAWI: Lebih 2,000 permohonan dalam talian direkodkan sejak permohonan Pas DE Rantau Nomad mula dibuka pada 1 Okt lepas melalui Program DE Rantau yang merupakan satu daripada Program Mangkin Digital Malaysia (PEMANGKIN).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia menunjukkan sambutan sangat menggalakkan meskipun belum memasuki tempoh dua bulan, tetapi sudah mencapai ribuan permohonan untuk pas lawatan ikhtisas daripada nomad digital untuk datang menetap dan bekerja di negara ini.
"Secara keseluruhannya, maklumat yang saya dapat sewaktu berada di Bucharest (Romania) program yang seumpama ini adalah satu program yang akan menjadi trend pada masa akan datang. Jadi kita mesti mendahului untuk menyediakan kemudahan bukan sahaja pas (DE Rantau Nomad) dengan kemudahan tertentu.
"Tetapi juga menggalakkan peserta yang terlibat di hab di rantau ini untuk menyesuaikan perniagaan masing-masing untuk mengambil peluang yang ada, meningkatkan aplikasi digital dan memperkemaskan premis perniagaan supaya sesuai dengan kedatangan tetamu daripada segenap pelusuk dunia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan lokasi kedua Program DE Rantau di Pulau Langkawi yang turut dihadiri Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad, di sini semalam.
Untuk rekod, lokasi pertama DE Rantau itu di Pulau Pinang dilancarkan pada 13 Sept lepas yang bertujuan meletakkan Malaysia sebagai hab pilihan utama warga nomad digital asing dan menggalakkan mobiliti dalam kalangan warga profesional digital antarabangsa selain memperkasakan sektor pelancongan negara di mata dunia.
Melalui DE Rantau, MDEC akan membangunkan hab nomad digital dan ekosistem tempatan yang komprehensif untuk menyokong gaya hidup nomad digital dengan kerjasama pelbagai pemain industri dan mencipta pas nomad digital baharu yang akan memudahkan nomad digital untuk menetap di negara ini.
Penubuhan Hab DE Rantau merupakan penginapan sedia ada yang diperakui akan memberi manfaat kepada penyedia dan pemilik penginapan tempatan sekali gus membantu dalam pemulihan ekonomi sektor pelancongan.
Annuar berkata pas khas itu sah diguna pakai dalam tempoh 12 bulan dan nomad digital boleh memperbaharui pas itu semula sekiranya ingin menetap di negara ini.
"Dia boleh perbaharui pas ini, dia nak pakai mungkin tiga bulan, lima bulan, lapan bulan. Cukup satu tahun boleh disambung," katanya yang turut optimis Langkawi akan terus menjadi pilihan pelancong asing menerusi program berkenaan.
Beliau berkata Program DE Rantau juga dilihat dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital dan kementeriannya menyasarkan sebanyak RM70 bilion dapat dijana menjelang 2025 berbanding RM45 bilion yang direkodkan pada masa ini.
"Program ini kami menjangkakan akan mendapat sambutan yang baik dan sekarang ini, kami dah pun dapat permohonan lagi dari Sabah supaya mengadakannya di Sabah. Saya minta MDEC meneruskan program ini," katanya.
Dalam pada itu, Annuar berkata Malaysia yang diwakili Duta Malaysia ke Romania Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin telah menandatangani satu pernyataan bersama Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) semasa Persidangan Plenipotentiary ITU 2022 di Bucharest yang berakhir pada 14 Okt lepas.
Beliau berkata antara perkata penting ditekankan dalam pernyataan bersama yang ditandatangani Malaysia itu adalah memperkasa golongan wanita melalui transformasi digital dan penggunaan aplikasi Internet benda (IOT) untuk bandar pintar dan komuniti yang mampan.
"Kita satu daripada negara anggota majlis yang baharu akan memainkan peranan. Saya harap Malaysia menjadi contoh kerana ada 183 negara, kita ada kekuatan kita sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2022

Annuar (kanan) ketika menyempurnakan pelancaran DE Rantau@LANGKAWI di Langkawi semalam. Turut kelihatan, Md Alwi. --fotoBERNAMA

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.