Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menyita 12,729 produk makanan bernilai RM109,289 dalam operasi khas penguatkuasaan yang dijalankan ke atas premis makanan di seluruh negara pada 21 dan 22 Ogos lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Rabu berkata Op Label itu dijalankan bagi memastikan produk makanan yang dijual dilabel dengan betul dan tidak mengelirukan pengguna.
Beliau berkata 110 notis hadir ke mahkamah dikeluarkan di bawah Akta Makanan 1983 kepada pemilik premis makanan yang gagal mematuhi peruntukan tertentu di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
"Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah bahasa yang digunakan pada label dan maklumat label tidak mematuhi peraturan seperti nama sebutan sebenar, senarai ramuan tidak lengkap, tiada penyataan ramuan yang boleh menyebabkan alergi (hipersensitiviti), tiada berat bersih atau isipadu dan lain-lain," katanya.
Dr Noor Hisham menarik perhatian bahawa semua makanan yang diproses atau dibungkus di negara ini perlu dilabelkan dalam Bahasa Malaysia manakala makanan import dibenarkan dilabel dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 28 2019

NOOR HISHAM: Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah bahasa yang digunakan pada label dan maklumat label tidak mematuhi peraturan.
Suntikan dana RM1.1 bilion terhadap Sapura Energy bukan bailout
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy bukan bentuk ‘bailout’.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Jumlah kes keracunan makanan catat penurunan 44.2 peratus - Dr Noor Hisham
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM memandang serius isu berkaitan soal keselamatan dan kebersihan makanan.

Pengusaha kantin dilepas tuduhan mudaratkan kesihatan pelajar
Majistret membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

KKM kesan 21 produk makanan mengandungi racun
Perkara itu dikenal pasti hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020.

Lebih 12,700 produk makanan disita dalam Op Label
Op Label itu dijalankan bagi memastikan produk makanan yang dijual dilabel dengan betul dan tidak mengelirukan pengguna.

Gagal patuhi piawaian, kantin HSI ditutup dua minggu
Pemeriksaan oleh PKD Johor Bahru ke atas kantin itu dilakukan susulan aduan gambar tular memaparkan seekor tikus di sebuah kantin.

Iklan bertentangan Akta Makanan, syarikat D'Herbs didenda RM11,000
Didenda atas kesalahan mengiklankan kenyataan yang mempunyai akuan kesihatan yang bertentangan dengan Akta Makanan 1983, bagi dua produknya.

Mesin jual air layan diri perlu lesen Kementerian Kesihatan mulai 1 Jan 2016
Pengusaha mesin menjual air layan diri perlu memiliki lesen daripada Kementerian Kesihatan mulai 1 Jan tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.