KUALA LUMPUR: Jumlah kes keracunan makanan di negara ini tahun lepas menunjukkan penurunan sebanyak 44.2 peratus iaitu daripada 516 kes kepada 288 kes berbanding tempoh sama pada tahun 2019.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun masih terkawal, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memandang serius isu berkaitan soal keselamatan dan kebersihan makanan.
Dalam kenyataan media sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang disambut hari ini dengan slogan 'Keselamatan Makanan, Tanggungjawab Bersama', Dr Noor Hisham menyatakan walaupun negara sedang dilanda pandemik COVID-19, KKM tetap memastikan aktiviti pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sentiasa dijalankan.
Jelasnya pada tahun lepas, sebanyak 66,210 premis makanan di seluruh negara diperiksa dan 90.1 peratus daripadanya didapati bersih, manakala 1,534 (2.32 peratus ) tidak bersih termasuk restoran dan kedai makan dan telah diarah tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Selain itu, sebanyak 19,789 notis dikeluarkan kepada pemilik premis makanan yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983, katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan, serta mengamalkan konsep 'lihat, hidu dan rasa' sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan yang telah rosak.
Dr Noor Hisham menyatakan komitmen KKM memperkukuh kawalan keselamatan makanan negara bagi memastikan rakyat Malaysia terus menikmati makanan yang selamat di sepanjang rantaian makanan dengan menggalakkan penglibatan semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 07 2021

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM memandang serius isu berkaitan soal keselamatan dan kebersihan makanan. - Gambar hiasan/Unsplash
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

13 murid alami keracunan makanan
Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar keracunan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah itu.

34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan
Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo.

22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.

Lebih 100 pelanggan alami keracunan makanan selepas makan di restoran
Laporan berkaitan kejadian itu diterima oleh PKD Kota Bharu daripada klinik swasta dan hospital kerajaan yang merawat pesakit terbabit.

Keracunan makanan: Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa - Exco
Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor bakal dikenakan tindakan perundangan susulan kejadian keracunan makanan 25 Sept lepas.

'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.

Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.

Keracunan makanan: Kantin SK Chepor diarah tutup dua minggu
Arahan itu dikeluarkan apabila pemeriksaan semalam mendapati penilaian premis makanan berasaskan risiko adalah tidak memuaskan.

86 murid SK Chepor keracunan makanan
Difahamkan, kesemua mangsa mengalami gejala sakit perut, muntah, cirit birit dan sakit kepala selepas makan beberapa jenis makanan ketika waktu rehat.