KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 21 produk makanan membabitkan 16 jenama mengandungi racun berjadual yang dilarang penambahannya dalam makanan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu dikenal pasti hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020 yang melibatkan 849 produk makanan dianalisis.
"Tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar atau pengedar empat daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang. Bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12 jenama produk makanan lain mendapati nama dan alamat syarikat adalah palsu atau tidak lengkap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan bahawa semua makanan yang dijual di negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Menurut Seksyen 13 Akta Makanan 1983, mereka yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang mempunyai bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Sehubungan itu Dr Noor Hisham berkata, semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk berkenaan diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.
Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan terlarang, dan mencadangkan kepada mereka yang menggunakan produk makanan berkenaan supaya mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan.
"Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengilang, pembungkus, pengedar, ejen pemasaran dan penjual untuk memastikan produk makanan yang dijual mematuhi perundangan makanan," katanya.
Pengguna yang mempunyai kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 05 2020
Tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar atau pengedar empat daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang. - Facebook @BKKMHQ
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly
Doktor perubatan dijangka mendapat berita baik berhubung pembayaran kenaikan elaun 'on call' dalam masa terdekat.
KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.
Satu kes Mpox dikesan dalam negara
Satu kes baharu jangkitan Mpox dikesan dalam negara menjadikan kes keseluruhan kini 12 kes sejak kali terakhir dilaporkan pada Julai 2023.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.
JKNNS akui berlaku kelewatan kemasukan pesakit ke wad HTJ, ambil tindakan segera
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengakui terdapat kelewatan kemasukan sebahagian pesakit ke wad di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada Jumaat lepas dan menyesali situasi itu.
Pengarah hospital disaran buat pemantauan, elak 'burnout' dalam kalangan doktor pelatih - Pakar
Pengarah hospital disaran melakukan pemantauan berterusan terhadap setiap ketua unit di hospital masing-masing.