KUALA LUMPUR: Sebanyak 11,065 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan diterima daripada Sabah bagi tempoh 2017 hingga 2022, dengan 481 daripadanya telah diluluskan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara, daripada jumlah itu 3,917 permohonan ditolak manakala 6,667 pula sedang diproses.
"Penganugerahan kewarganegaraan Malaysia kepada individu bertaraf bukan warganegara merupakan anugerah tertinggi dan hak eksekutif kerajaan Persekutuan dan kita tidak tawarkan sewenang-wenangnya kepada mana-mana pihak," katanya pada sesi kamar khas di Dewan Rakyat hari ini.
Shamsul berkata demikian sebagai respons kepada ucapan Vivian Wong Shir Yee (DAP-Sandakan) di kamar khas itu yang membangkitkan isu berkenaan, antaranya berkaitan jumlah permohonan kewarganegaraan yang diproses dan ditolak di Sabah serta tempoh masa untuk pemprosesan permohonan.
Shamsul Anuar berkata dalam mempertimbangkan permohonan kewarganegaraan, beban untuk membuktikan kelayakan untuk dianugerah kewarganegaraan adalah di bawah tanggungjawab setiap pemohon.
Katanya, walaupun keputusan DNA mengesahkan pertalian darah seseorang individu dengan ahli keluarga lain khususnya dengan ibu, bapa atau adik-beradik, ia hanya sebagai dokumen sokongan dan tidak boleh dijadikan bukti konklusif dalam pemberian kewarganegaraan.
Beliau berkata ini kerana proses pertimbangan tertakluk kepada syarat di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.
"Permohonan kewarganegaraan dikemukakan secara berasingan dengan kandungan maklumat dan dokumen sokongan berbeza-beza, maka hasil penilaian dan pertimbangan permohonan juga berbeza ikut keperluan, bukti dan fakta kes berdasarkan maklumat diberikan," katanya.
Beliau berkata fakta dan dokumen bukti dikemukakan pemohon akan diteliti mengikut giliran sewajarnya, sebelum keputusan dikeluarkan dan sehubungan itu, tiada tempoh masa ditetapkan bagi pengeluaran keputusan dan alasan penolakan berbeza-beza mengikut keperluan kes.
Bagaimanapun, katanya, secara umum alasan penolakan adalah seperti kerana perkahwinan tidak didaftar, keberadaan subjek tidak jelas kerana gagal membuktikan subjek berada dalam negara, pemohon tiada locus standi untuk membuat permohonan dan maklumat diberikan pemohon meragukan.
"Sepertimana ditetapkan sebelum ini, kelahiran di Malaysia tidak menyebabkan seseorang individu memperoleh kewarganegaraaan secara automatik, sebaliknya ia ditentukan berdasarkan status perkahwinan dan taraf warganegara ibu bapa kandung sewaktu kelahiran itu berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
![Lebih 11,000 permohonan kewarganegaraan diterima dari Sabah bagi tempoh 2017-2022 Lebih 11,000 permohonan kewarganegaraan diterima dari Sabah bagi tempoh 2017-2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693826519_ShamsulAnuarNasara.jpg)
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara, daripada jumlah itu 3,917 permohonan ditolak manakala 6,667 pula sedang diproses. - Gambar fail/BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712213384_SaifuddinNasutionI.jpg)
KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat
Ia berikutan permohonan dua kategori tersebut adalah paling tinggi setakat ini.
![Lapan tahun menanti, kanak-kanak sindrom Down akhirnya dapat status warganegara Lapan tahun menanti, kanak-kanak sindrom Down akhirnya dapat status warganegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718199088_TBRamanan.jpg)
Lapan tahun menanti, kanak-kanak sindrom Down akhirnya dapat status warganegara
Selepas lapan tahun menanti, seorang kanak-kanak perempuan sindrom Down yang berdepan masalah jantung berlubang di RKHPJ di Sungai Buloh, Selangor akhirnya beroleh taraf kewarganegaraan.
![Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan individu bawah 21 tahun Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan individu bawah 21 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715152285_DatukSeriFatimahA.jpg)
Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan individu bawah 21 tahun
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak menerima 1,403 permohonan kewarganegaraan melibatkan kanak-kanak dan individu berusia 21 tahun ke bawah bagi tempoh 2018 hingga 2023.
![Gagal kuasai bahasa Melayu punca permohonan kewarganegaraan warga emas ditolak - Saifuddin Gagal kuasai bahasa Melayu punca permohonan kewarganegaraan warga emas ditolak - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698037635_tbSaifuddinNasution.jpg)
Gagal kuasai bahasa Melayu punca permohonan kewarganegaraan warga emas ditolak - Saifuddin
Kegagalan melepasi ujian penguasaan bahasa Melayu antara punca kebanyakan permohonan kewarganegaraan dalam kumpulan warga emas, tidak diluluskan.
![JPN minta empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke pejabatnya JPN minta empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke pejabatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686135828_JabatanPendaftaran.jpg)
JPN minta empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke pejabatnya
JPN meminta empat beradik yang didakwa dihalang ke sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan untuk hadir ke pejabatnya.
![Lebih 11,000 permohonan kewarganegaraan diterima dari Sabah bagi tempoh 2017-2022 Lebih 11,000 permohonan kewarganegaraan diterima dari Sabah bagi tempoh 2017-2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693826519_ShamsulAnuarNasara.jpg)
Lebih 11,000 permohonan kewarganegaraan diterima dari Sabah bagi tempoh 2017-2022
Sebanyak 11,065 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan diterima daripada Sabah bagi tempoh 2017 hingga 2022, dengan 481 daripadanya telah diluluskan.
![Harimau Selatan sambar pemain kacukan Nathaniel Shio Harimau Selatan sambar pemain kacukan Nathaniel Shio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611872695_NathanielShio.jpg)
Harimau Selatan sambar pemain kacukan Nathaniel Shio
Perkembangan pemain berusia 20 tahun itu, yang layak mewakili Malaysia melalui ibunya yang lahir di Johor, dibuat malam tadi.
![KDN ambil langkah proaktif selesai isu permohonan kewarganegaraan - Muhyiddin KDN ambil langkah proaktif selesai isu permohonan kewarganegaraan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571202037_TBHARIPENDAFTARANNE.jpg)
KDN ambil langkah proaktif selesai isu permohonan kewarganegaraan - Muhyiddin
Prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu telah ditambah baik dengan pemohon tidak perlu menunggu terlalu lama berbanding sebelum ini.
![UNHCR sambut baik komitmen Malaysia tangani isu orang tak bernegara UNHCR sambut baik komitmen Malaysia tangani isu orang tak bernegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570588415_TBISUPELARIAN.jpg)
UNHCR sambut baik komitmen Malaysia tangani isu orang tak bernegara
Jumlah negara yang menerima Konvensyen PBB berkaitan Status Orang Tak Bernegara 1954 dijangka melepasi 100 negara tidak lama lagi.
![KDN diarah kaji semula SOP permohonan kewarganegaraan - Muhyiddin KDN diarah kaji semula SOP permohonan kewarganegaraan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81553169019_MenteriDalamNegeri.jpg)
KDN diarah kaji semula SOP permohonan kewarganegaraan - Muhyiddin
Di bawah SOP baharu yang dirangka oleh KDN, terdapat garis panduan yang lebih jelas dalam pengendalian dan pertimbangan permohonan kewarganegaraan, khususnya di bawah Perkara 15A.