Lebih 100,000 pengunjung dijangka memeriahkan pameran 'The Nightscape of Light Sensation - Love Series' yang mempamerkan 32,888 kuntum bunga mawar diod pemancar cahaya (LED) di Dataran Pahlawan, di sini.
Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad berkata produk pelancongan segera daripada syarikat Escaperoom Holding Malaysia itu dijangka membantu meningkatkan kedatangan pelancong ke Melaka pada tahun ini yang disasarkan seramai 16.5 juta orang.
"Pameran yang berlangsung sejak dua hari lepas hingga 2 Jan tahun depan ini merupakan kali kedua diadakan selepas mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengunjung ketika diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang, Selangor pada September dan Oktober lepas.
"Pemilihan lokasi bagi pameran ini dilihat amat bertepatan memandangkan Melaka kini merupakan antara destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Light Sensation di sini, malam tadi.
Beliau berkata sekiranya pameran berkenaan mendapat sambutan dalam tempoh berkenaan, kerajaan negeri akan berbincang dengan Escaperoom Holding bagi menjadikan ia sebagai satu daripada produk pelancongan tetap negeri berkenaan.
"Pada pameran tetap itu nanti kita hanya perlu menukar reka bentuk atau landskap yang dibangunkan menggunakan kuntum bunga mawar LED bagi memberi kelainan dari semasa ke semasa kepada pengunjung," katanya.
Dalam pada itu, Ghazale berkata kerjasama dengan syarikat swasta dalam usaha membangunkan lebih banyak produk pelancongan di Melaka amat dialu-alukan kerana ia tidak boleh hanya diletakkan pada bahu kerajaan negeri atau persekutuan sahaja.
"Kerajaan negeri akan membantu syarikat swasta yang berminat untuk melabur dalam industri pelancongan dalam pelbagai aspek bagi merancakkan pembangunan sektor tersebut di negeri ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Escaperoom Sdn Bhd Datuk Patrick Ong berkata pameran itu mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih 2,500 pengunjung dan harga tiket bermula RM10 hingga RM30.
Beliau berkata pameran yang berlangsung bermula 2 petang hingga 12 tengah malam itu berlainan daripada pameran yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang daripada aspek reka bentuk bunga yang disusun menggunakan kuntuman bunga mawar LED berkenaan.
"Reka bentuk pameran di sini lebih 'compact' dan menarik kerana bunga yang disusun mengelilingi kawasan dataran ini seperti lautan bunga mawar berlampu. Mawar LED putih dipilih kerana ia melambangkan kesucian, cinta, harapan, pemutus daripada ketakutan dan cahaya ketika kegelapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2016
Berbeza dengan penganjuran di Serdang, reka bentuk pameran di Melaka lebih padat dan menarik kerana bunga disusun mengelilingi kawasan Dataran Pahlawan seperti lautan bunga mawar berlampu. - Foto Bernama
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 pengunjung dijangka hadir ke pameran bunga mawar LED
Pameran 'The Nightscape of Light Sensation - Love Series' bakal mempamerkan 32,888 kuntum bunga mawar diod pemancar cahaya (LED) di Dataran Pahlawan.