KUALA LUMPUR: Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata ini melibatkan penebusan 56,466 baucar buku bagi peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) membabitkan murid tahun empat dan ke atas serta pelajar sekolah menengah, manakala baki 50,000 di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
"Setakat ini (lebih) 122,000 judul buku telah dibeli yang melibatkan (nilai) pembelian sehingga lebih RM600,000.
"... ini menunjukkan baucar tersebut menjadi pemangkin kepada minat (membaca) dan ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk memastikan bahawa anak mereka mendapat manfaat daripada baucar itu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di sini hari ini.
Inisiatif baucar buku untuk murid dan pelajar di semua institusi bawah KPM dan KPT itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan generasi berilmu, berfikiran kritis dan berwawasan.
Pada 30 Mei lepas, perdana menteri mengumumkan pemberian baucar buku RM50 dan RM100 kepada pelajar membabitkan murid tahun empat dan ke atas, pelajar sekolah menengah, penuntut institusi pendidikan tinggi serta Institut Pendidikan Guru.
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi pendidikan di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis ini.
Ditanya perancangan meneruskan pemberian baucar buku itu pada tahun depan, Fadhlina berkata pihaknya akan meneliti sambutan tahun ini dan kos yang terlibat bagi pelaksanaannya.
"Pastinya ini antara inisiatif yang baik untuk terus meningkatkan minat rakyat Malaysia kepada membaca dan budaya ilmu, saya tidak fikir ini satu inisiatif yang patut dihentikan tetapi perlu dilihat bagaimana kita boleh terus mempertingkatkan (pemberian) baucar ini.
"Ini khususnya untuk memastikan bukan sahaja aspek pembacaan progresif tetapi juga menggunakan sepenuhnya sentuhan digital dan teknologi serta aplikasi sedia ada dengan memperkukuhkan pelantar aplikasi DELIMa KPM," katanya.
Penganjuran PBAKL kali ke-41 pada tahun ini memecah rekod jumlah pengunjung dengan1.8 juta orang berbanding 1.6 juta orang pada tahun lepas dan lebih 70 peratus pengunjung adalah golongan muda.
PBAKL 2024 yang diadakan bermula 24 Mei hingga hari ini menampilkan 972 reruai dengan 241 pempamer termasuk 14 pempamer dari luar negara antaranya Singapura, Thailand, Filipina, India, China, Taiwan dan Iran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Fadhlina (belakang, tengah) bergambar bersama pemenang yang terdiri daripada pempamer reruai pada Majlis Penutup PBAKL Ke-41 tahun 2024 di WTC-KL malam ini. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pelajar IPT boleh mohon baucar buku RM100 bermula hari ini
Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) boleh membuat permohonan baucar buku fasa kedua bernilai RM100 bermula hari ini hingga 31 Dis.

Baucar buku fasa kedua pelajar IPT bermula 30 Oktober
Penyaluran baucar akan dilaksana melalui platform digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024.

Lebih RM96 juta baucar buku ditebus setakat ini - Wong
Sejumlah RM96.7 juta peruntukan membabitkan pemberian baucar buku bagi pelajar tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah sehingga peringkat IPT sudah ditebus setakat hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.

Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.

Permohonan e-baucar buku fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Penyaluran bagi fasa pertama itu adalah sebagai usaha kementerian menyokong penganjuran PBAKL 2024.

Baucar buku RM100 diberi secara berperingkat - Zambry
Zambry berkata perincian lanjut mengenai mekanisme pemberian baucar itu akan diumumkan Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang pada petang ini.

PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.

Baucar Buku Semarak Membaca boleh ditebus mulai 21 Okt hingga 15 Nov - PNM
Ia disusuli dengan penebusan secara fizikal di 167 buah kedai buku terpilih mulai semalam (25 Okt).