KOTA BHARU: Lebih 1,000 kematian membabitkan golongan kanak-kanak termasuk kanak-kanak yang berjalan kaki direkodkan dalam kes kemalangan jalan raya sejak 2019.
Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Profesor Dr Kulanthayan KC Mani berkata pemanduan melebihi had laju dan penggunaan kenderaan persendirian dikenal pasti sebagai punca utama kemalangan yang melibatkan kematian kumpulan itu termasuk remaja berusia 18 tahun ke bawah.
Katanya, menurut statistik sejak 2019 sehingga kini, sebanyak 6,000 kematian direkodkan dalam kemalangan jalan raya dan daripada jumlah itu 1,000 kematian melibatkan kanak-kanak.
"Bagi mengurangkan kemalangan ini, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengurangkan had kelajuan kenderaan masing-masing dan tidak tergesa-gesa serta terus mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan," katanya kepada pemberita selepas Program Inisiatif Keselamatan Pejalan Kaki dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah di Kadok di sini hari ini.
Kulanthayan berkata kebanyakan kes kematian membabitkan pembonceng motosikal, diikuti penumpang kereta dan pejalan kaki yang juga terdiri daripada pelajar sekolah.
Menurutnya kemalangan melibatkan pengangkutan awam seperti bas adalah sedikit, justeru orang ramai digalakkan untuk menggunakan kenderaan awam.
Sementara itu, program berkenaan diadakan bertujuan memberi taklimat keselamatan jalan raya kepada ibu bapa untuk disampaikan kepada anak masing-masing dan seterusnya diekspresikan menerusi lukisan.
Kulanthayan yang juga Penyelidik Bersekutu Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata lukisan menunjukkan luahan kanak-kanak tentang keadaan di kawasan sekolah yang merupakan antara lokasi kemalangan.
Safe Kids Malaysia adalah organisasi yang bekerjasama dengan pihak kerajaan, industri, sekolah-sekolah dan komuniti untuk mendidik keluarga dan meningkatkan kesedaran mengenai kecederaan dan kematian yang boleh dicegah, terutama keselamatan jalan raya dan pencegahan kelemasan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022

Pemanduan melebihi had laju dan penggunaan kenderaan persendirian dikenal pasti sebagai punca utama kemalangan yang melibatkan kematian kumpulan itu termasuk remaja berusia 18 tahun ke bawah. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami
Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, Alor Gajah di sini, tengah malam tadi.

Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.

Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.

Wanita maut kereta bertembung lori tentera di Masjid Tanah
Dalam kejadian awal pagi itu, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori tentera di laluan bertentangan.

Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.

23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya
Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya pada Ahad.

Enam mangsa maut ada pertalian keluarga - Polis
Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia antara enam bulan hingga 82 tahun melibatkan tiga wanita dan tiga lelaki.

Sebak anak perempuan, menantu, cucu pergi sekelip mata
Luluh hati seorang ibu selepas mendapat khabar duka anak perempuan, menantu dan tiga cucunya meninggal serentak dalam kemalangan tragis membabitkan dua kenderaan di Pekan.

Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.

Buruh maut langgar pacuan empat roda keluar simpang mengejut
Mangsa Mohd Fairul Azwa Ramli, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang kereta itu Nor Azmi Daud, 46, cedera parah.