LANGKAWI: Kementerian Kewangan (MOF) telah menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) sebagai anak syarikat kepada MOF.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bagaimanapun, pelaksanaan projek LCS tetap akan dipantau melalui Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF).
"Di samping itu, laporan berkala kepada Jemaah Menteri akan disediakan sepertimana syarat-syarat disediakan Ketua Audit Negara dan pelaporan berkala kepada Parlimen melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali supaya kemajuan projek ini dapat dipantau bersama oleh semua pihak.
"Ini perlu untuk kita memastikan supaya hasrat kita untuk meneruskan pembinaan LCS ini dapat dicapai dan berjaya sepertimana yang dikehendaki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tentera Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak Tambahan Keenam antara MINDEF dan BNS hari ini.
Sebelum ini, pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila PAC mendedahkan tiada seunitpun telah disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion kepada BNS.
Mohamad juga berkata PAC dialu-alukan untuk memantau kemajuan projek pembinaan kapal berkenaan.
"PAC akan menerima laporan berdasarkan jadual kita, kalau mereka tidak puas hati, mereka boleh tengok dan buat laporan ke Parlimen," katanya.
Sebelum ini, PAC bercadang mengadakan prosiding baharu berhubung kemajuan pembinaan berkenaan dan prosiding itu akan dimulakan sebaik sahaja pelantikan Ahli-Ahli PAC diluluskan pada Mesyuarat Kedua Sidang Dewan Rakyat yang bermula 22 Mei lepas.
Beliau berkata kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) Berkeupayaan LCS bagi TLDM.
Mohamad berkata selaras dengan perkembangan itu, MINDEF, TLDM dan BNS akan bersama-sama memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memastikan projek LCS berjaya disempurnakan.
"Perolehan ini adalah penting dalam meningkatkan keupayaan armada selaras dengan Pelan Transformasi 15 to 5 TLDM bagi memelihara kedaulatan perairan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023
Mohamad berkata, pelaksanaan projek LCS tetap akan dipantau melalui Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF). - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Rakyat tidak perlu khuatir keupayaan ATM tangani isu di Laut China Selatan - Penganalisis
Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir dengan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani konflik sempadan di perairan Laut China Selatan.
KD Pendekar karam: Mindef tunggu laporan penuh - Khaled
Mindef sedang menunggu laporan penuh insiden kapal KD Pendekar milik TLDM yang tenggelam di Tenggara Tanjung Penyusop, di Kota Tinggi semalam.
Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012
Mahkamah Persekutuan akan tentukan keabsahan peruntukan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman berkait pertuduhan ke atas Setiausaha Agung Muda.
Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta
Ahmad Ramli gagal dalam permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.
Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, status tersebut merupakan yang terkini dilaporkan pada beliau, iaitu sehingga Mei 2024.
Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air
Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama telah berjaya diluncurkan ke permukaan air di Lumut Naval Shipyard (Lunas) pada 23 Mei lalu.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Perolehan kumpulan kedua tiga LMS dijangka dimuktamadkan tahun ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata pembinaan LMS dijangka mengambil masa tiga tahun selepas proses perolehan tersebut selesai.