Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) akan ditutup hari ini kerana syarikat penerbangan tambang rendah akan beroperasi sepenuhnya di KLIA2. Ia dibuka pada tahun 2006 khusus untuk penumpang yang memilih untuk menaiki penerbangan tambang rendah seperti AirAsia, Tiger Airways, Cebu Pacific Air dan Firefly.

Pada hari ini, AirAsia, AirAsia X, Indonesia AirAsia, Thai AirAsia dan AirAsia Zest akan memulakan operasi di KLIA2.

Warga kerja yang sebelum ini berpangkalan di LCCT dan juga penumpang-penumpang yang sering ke LCCT kerana memilih penerbangan tambang rendah untuk ke destinasi percutian mengucapkan terima kasih kepada lapangan terbang berkenaan di media sosial menerusi hashtag #ThankYouLCCT.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Aireen Omar antara yang pertama untuk kongsi kenangan mereka:


Kongsi pengalaman menarik anda di LCCT, atau kongsi gambar di Twitter @501Awani, Sertakan tag #ThankYouLCCT.

Sekiranya anda mempunyai idea, apakah yang wajar dilakukan pada bangunan LCCT tersebut setelah ia dikosongkan.