KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming baru-baru ini mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Singapura, untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan negara jiran itu.
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan lawatan itu merupakan usaha berterusan, bagi mengukuhkan hubungan erat sedia ada memandangkan Singapura merupakan negara jiran dan rakan penting bagi Malaysia.
Menurut kenyataan itu interaksi yang tulus dan erat antara kepimpinan kedua-dua negara, telah dapat menghasilkan kerjasama demi kepentingan bersama dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
"Hubungan mesra antara Malaysia dan Singapura juga memberi sumbangan kepada keamanan dan pembangunan rantau ini. Oleh itu, kedua-dua kerajaan dan masyarakat sivil perlu memperkukuhkan kerjasama dan bersama-sama membentuk masa depan," menurut kenyataan KPKT itu.
Lawatan rasmi berkenaan turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Datuk Jayaselan K. Navaratnam dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Datuk Seri Mohd Nazri Md Shariff.
Kenyataan KPKT itu memaklumkan, Nga dalam lawatan rasmi berkenaan telah turut melawat pelbagai projek berlandaskan strategi utama kementerian, termasuk flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan Singapura (HDB), projek pembangunan semula bandar, fasiliti pengurusan sisa pepejal, projek pemuliharaan bangunan warisan dan loji jana kuasa tenaga boleh diperbaharui.
Beliau turut memenuhi jemputan ke mesyuarat bersama Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Negara Kanan Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Pembangunan Negara Sim Ann.
Nga dalam kenyataan itu berkata selain menjadi rakan dagang dan pelaburan penting bagi Malaysia, kuasa beli yang kukuh dalam kalangan pelancong Singapura, memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan berterusan ekonomi Malaysia.
"Selain itu, Singapura telah mencapai kejayaan yang luar biasa dalam pembinaan perumahan awam, inisiatif hijau bandar, pembangunan semula bandar, penghasilan tenaga boleh diperbaharui, usaha anti rasuah dan lain-lain.
"Justeru, pencapaian-pencapaian ini patut dicontohi dan memberikan peluang pembelajaran yang berharga bagi Malaysia," katanya.
Nga berkata menjelang 2030, jumlah penduduk kesemua negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), akan mencapai 650 juta penduduk dan menjadikannya ekonomi keempat terbesar di dunia.
Justeru beliau berkata mengekalkan kerjasama rapat dan pembangunan aman dalam rantau ASEAN merupakan satu asas yang penting, untuk mencapai kestabilan dan kemakmuran jangka panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
NGA: Hubungan mesra antara Malaysia dan Singapura juga memberi sumbangan kepada keamanan dan pembangunan rantau ini. - Gambar fail BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Cukai taksiran tidak boleh dinaikkan secara mendadak - Nga
Proses penilaian semula cukai taksiran mesti mementingkan kebajikan rakyat dengan kadar cukai berkenaan tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana langkah itu boleh membebankan rakyat.
COP29: Malaysia bakal jadi hab utama pelaburan hijau, pacu pertumbuhan mampan
Nga turut menyeru komuniti global untuk merealisasikan idea kepada tindakan.
Rumah mampu milik akan dilengkapi rekaan tahan iklim - Nga Kor Ming
Kor Ming berkata strategi itu akan dilaksanakan dalam projek perumahan rakyat yang bakal dijenamakan semula sebagai Projek Residensi Rakyat.
Naik taraf pasar awam dilaksanakan di seluruh negara tanpa mengira fahaman politik - Kor Ming
Kerajaan MADANI akan terus menaik taraf pasar awam usang di seluruh negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman politik, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
WUF12: Demi pembangunan mampan, Malaysia seru lebih banyak kerjasama awam, swasta
Malaysia menyeru komuniti global untuk melakukan lebih banyak kerjasama antara masyarakat, swasta dan awam (4P) dalam usaha membangunkan bandar dan komuniti yang mampan.
Rumah Malaysia dilancarkan, jadi perhatian di WUF12
Pavilion negara di World Urban Forum (WUF12) Kaherah dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada Isnin.