KUALA LUMPUR: Kementerian Luar (Wisma Putra) mempertahankan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi yang menjadi pertikaian pihak pembangkang baru-baru ini.
Menurut Wisma Putra, tuduhan itu disifatkan sebagai tanggapan yang tidak berasas dibuat oleh sesetengah pihak atas 'kepentingan politik sempit'.
“Berdasarkan perjalanan dan hasil lawatan, lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi menggambarkan kepentingan hubungan diplomatik dan kerjasama di antara Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi.
“Dalam konteks ini, Wisma Putra menegaskan bahawa polemik-polemik serta tanggapan-tanggapan tidak berasas oleh sesetengah pihak di Malaysia atas kepentingan politik sempit tidak akan membantu dalam usaha KLN memartabatkan diplomasi Malaysia ke arah pengukuhan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara sahabat di seluruh dunia baik di peringkat dua hala, serantau dan antarabangsa,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Selasa.
Wisma Putra menjelaskan bahawa lawatan delegasi Malaysia tidak dapat dilanjutkan berikutan komitmen-komitmen Perdana Menteri, termasuk majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong pada 25 Mac.
“Delegasi Malaysia telah menerima makluman supaya tempoh lawatan dipanjangkan daripada tempoh asal bagi mengaturkan sesi-sesi kunjungan hormat dan pertemuan dengan kepimpinan
tertinggi kerajaan Arab Saudi.
“Walau bagaimanapun, delegasi Malaysia telah menjelaskan secara baik bahawa permintaan
tersebut tidak dapat dipenuhi disebabkan komitmen-komitmen Perdana Menteri yang telah ditetapkan awal sebelum lawatan.
“Ini termasuk majlis iftar bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Istana Negara pada 25 Mac 2023 dan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Kemboja pada 27 Mac 2023,” jelas Wisma Putra.
Tambah Wisma Putra, lawatan itu berjaya menghasilkan pelbagai pencapaian dari segi diplomasi serta pelaburan.
Antaranya termasuk mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin Islam, menyampaikan ucaptama di majlis yang dihadiri lebih 300 tetamu termasuk tokoh dan pakar, serta mengadakan sesi meja bulat perniagaan bersama 20 orang ahli perniagaan terkemuka Arab Saudi serta wakil komuniti perniagaan Malaysia.
Sementara itu, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada Selasa memaklumkan usul berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi di Dewan Rakyat telah ditolak.
Namun, beliau berkata, pembangkang telah menyediakan usul tergempar berkaitan isu tersebut.
Nailah Huda
Tue Mar 28 2023
Menurut Wisma Putra, tuduhan itu disifatkan sebagai tanggapan yang tidak berasas dibuat oleh sesetengah pihak atas 'kepentingan politik sempit'. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Hizbullah sahkan kematian dua pemimpinnya dalam serangan udara Israel
Nabil Kauk, Ahli Majlis Pusat Hizbullah dan Ali Karaki, Komander Barisan Selatan pergerakan itu, terbunuh dalam serangan udara Israel.
Lewis hamilton dedahkan tekanan mental dihadapinya
Lewis Hamilton mendedahkan bahawa beliau telah bergelut dengan masalah kesihatan mental hampir sepanjang hidupnya disebabkan dibuli di sekolah dan tekanan perlumbaan
Tiada pelajar Malaysia berdaftar lanjut pengajian di Lubnan
Kementerian Pendidikan Tinggi mengesahkan tiada pelajar Malaysia berdaftar yang melanjutkan pelajaran di Lubnan, setakat ini.
Rakyat Lubnan positif penyelesaian politik mampu dicapai
: Harapan itu disuarakan di sebalik pelbagai usaha diplomatik setakat ini belum menunjukkan tanda kemajuan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 September 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hizbullah sahkan kematian dua pemimpinnya dalam serangan udara Israel
Nabil Kauk, Ahli Majlis Pusat Hizbullah dan Ali Karaki, Komander Barisan Selatan pergerakan itu, terbunuh dalam serangan udara Israel di kawasan pinggir bandar selatan Beirut.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Nenek 80 tahun bersaing rebut mahkota
Sekiranya dia merangkul gelaran itu dan mara ke Mexico, Choi akan menjadi peserta paling senior; lebih dua kali ganda daripada finalis tertua setakat ini yang berusia 40 tahun, Beatrice Njoya dari Malta.
Enam mayat ditemui dalam sebuah van di Mexico
Pihak berkuasa Mexico pada ahad mengesahkan bahawa terdapat enam mayat ditemui dalam sebuah van yang ditinggalkan di Mexico Sinaloa pada Jumaat.
Tiada pelajar Malaysia berdaftar lanjut pengajian di Lubnan - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi mengesahkan tiada pelajar Malaysia berdaftar yang melanjutkan pelajaran di Lubnan, setakat ini.
Malaysia hulur bantuan kepada Namibia yang dilanda kemarau
Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya menyerahkan sumbangan negara kepada Perdana Menteri Namibia, Saara Kuugongelwa Amadhila pada Isnin.
Malaysia kecam penggunaan peranti komunikasi sebagai senjata di Lubnan
Malaysia amat bimbang dengan penggunaan peranti komunikasi sebagai bahan letupan di seluruh Lubnan yang telah mengorbankan 21 nyawa.
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech waspada susulan banjir
Rakyat Malaysia berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan.
Kerajaan komited pertahan hak kedaulatan kawasan maritim Malaysia - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri berkata pendirian ini selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Wisma Putra pantau situasi di Lubnan, Malbatt kekal selamat
Batalion Pengaman Malaysia (Malbatt) 850-11 kekal selamat kerana ditempatkan jauh dari zon konflik utama di Lubnan.
Presiden Brazil undang PM Anwar hadiri Sidang Kemuncak G20 - Kementerian Luar
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva mengundang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro.
Menteri Luar Brazil adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Ini merupakan lawatan pertama Vieira ke Malaysia sejak menyandang jawatan sebagai Menteri Luar pada 1 Januari 2023.
Sultan Brunei berkenan terima menghadap Mohamad Hasan
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu kota antara lain menyatakan komitmen untuk terus meneroka bidang kerjasama baharu.