KUALA LUMPUR: Lawatan Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia minggu ini memberikan peluang besar untuk memperkukuhkan lagi hubungan erat yang terjalin antara kedua-dua negara sejak 50 tahun lepas sekali gus membuka peluang untuk jalinan kerjasama baharu.
Penasihat utama di Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia, Dr Oh Ei Sun berkata, hubungan Malaysia-China yang terjalin telah berkembang daripada hubungan diplomatik hingga kepada interaksi ekonomi yang meluas dalam perdagangan dan pelaburan.
"China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dan Malaysia secara konsisten menjadi rakan dagang terbesar di Asia Tenggara. Asas kukuh ini menyediakan peluang terbaik untuk kerjasama yang lebih erat," katanya kepada Bernama.
Li Qiang, yang memegang jawatan Perdana Menteri China pada Mac tahun lepas, dijadualkan melawat Malaysia dari 18 hingga 20 Jun.
Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura itu berkata, lawatan Li Qiang menawarkan potensi untuk meningkatkan kerjasama khususnya dalam rangka kerja Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), bagi memudahkan projek bersama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
"Contohnya, Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) menghubungkan Malaysia dan Singapura memerlukan pelaburan dan teknologi pembinaan yang boleh memberi manfaat bersama kedua-dua negara. Jika landasan kereta api itu dikaitkan dengan China, hubungan perdagangan akan dipertingkatkan," kata Presiden Persahabatan Malaysia-China Sabah (MCFAS) itu.
Dalam bidang teknologi, melihat kepada minat Malaysia untuk memanfaatkan bantuan China dalam memajukan keupayaan kecerdasan buatan (AI), Oh mencadangkan agar lebih banyak universiti China menubuhkan kampus cawangan di Malaysia.
"Saya mengajar di Universiti Malaya pada semester lepas dan melihat ramai pelajar China di sana, jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk lebih banyak universiti China membuka kampus cawangan mereka di sini dan kita dari pihak Malaysia juga harus membuka kampus cawangan universiti di China yang akan meningkatkan penglibatan pendidikan kita," katanya.
Sementara itu, Profesor di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Zaid Ahmad berkata, pertemuan antara Li Qiang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan platform bagi memperkukuh komitmen bersama terhadap prinsip-prinsip diplomasi yang saling menghormati khususnya Malaysia sebagai negara berdaulat.
Zaid juga sependapat dengan Oh bahawa lawatan berkenaan memiliki potensi signifikan dalam meningkatkan kerjasama pembangunan teknologi digital seperti AI yang boleh dipelajari oleh Malaysia selain pendidikan.
"Kunjungan ini tidak hanya dapat memperkukuh hubungan bilateral dalam sektor pendidikan dan teknologi digital tetapi juga meningkatkan keupayaan Malaysia membangunkan dan menerapkan teknologi AI dalam negara," katanya.
Sementara itu, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Prof Dr Azmi Hassan berkata, lawatan rasmi Li Qiang ke negara ini adalah bukti untuk beliau memaktubkan hubungan diplomasi 50 tahun Malaysia-China di peringkat antara pemimpin dan pemimpin mahupun kerajaan dan kerajaan.
Beliau berkata, keakraban itu perlu dimanfaatkan Malaysia untuk meningkatkan kerjasama dengan China khususnya menerusi BRI serta memuktamadkan segera Rundingan Peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0.
"Apa yang kita perlukan termasuk teknologi AI dan melalui (ACFTA 3.0) China dapat memberi pertolongannya dengan harga yang kompetitif atau lebih murah berbanding negara-negara barat. Jadi saya lihat signifikannya pada kita supaya mempunyai kefahaman komprehensif yang strategik antara Malaysia-China dalam hal ini," katanya.
Malaysia dan China mula menjalinkan hubungan dua hala secara rasmi pada 31 Mei 1974 menerusi Kenyataan Bersama yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia, kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China, Chou En-Lai, ketika itu. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024
Lawatan Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia minggu ini memberikan peluang besar untuk memperkukuhkan lagi hubungan erat yang terjalin antara kedua-dua negara sejak 50 tahun lepas sekali gus membuka peluang untuk jalinan kerjasama baharu.
Semua peraturan perang dilanggar di Gaza - UNRWA
Gaza mengalami genosid berterusan oleh Israel selama lebih 14 bulan.
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.
AWANI Ringkas: Baiki tebing Sungai Kelantan bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GV: 'Niat kami bukan untuk memalukan' - Syafinaz Selamat jelaskan tugas juri menilai, beri input
Menurut Syafinaz, komen-komen diberikan itu adalah untuk memperbaiki mutu persembahan setiap bintang yang bertanding selain memberikan input berguna kepada mereka.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Lawatan Perdana Menteri Li Qiang ke Malaysia eratkan lagi hubungan Malaysia-China
Li Qiang, yang memegang jawatan Perdana Menteri China pada Mac tahun lepas, dijadualkan melawat Malaysia dari 18 hingga 20 Jun.