Lawatan negara empat hari Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Indonesia bermula esok mencerminkan keakraban Malaysia dan Indonesia, sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara yang terjalin sejak 62 tahun lepas.
Lawatan negara yang berlangsung dari 26 hingga 29 Ogos itu merupakan lawatan sulung Sultan Abdullah ke Indonesia sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas.
Hubungan akrab kedua-dua negara turut diterjemahkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang mengadakan lawatan pertama ke Malaysia pada 9 Ogos lepas setelah dipilih semula bagi penggal kedua dalam Pilihan Raya Presiden pada 17 April lalu.
Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar ketika ditemui berkata fokus lawatan negara itu bertujuan mengukuhkan tali persaudaraan yang terjalin sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
"Lawatan itu akan mengeratkan kerjasama dua hala Malaysia dan Indonesia terutamanya dalam bidang ekonomi yang merangkumi aspek pelaburan dan perdagangan, pelancongan dan pendidikan," katanya ketika ditemui di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, hari ini.
Zainal Abidin menarik perhatian terdapat hampir 4,000 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di republik itu manakala 11,000 pelajar Indonesia berada di Malaysia.
"Itu aspek yang kita mahu wujudkan supaya lebih ramai pelancong dan pelajar-pelajar dari Indonesia untuk terus datang ke Malaysia, sekaligus terus menjalin ikatan mesra antara kedua-dua negara," katanya.
Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadual berangkat menghadiri Majlis Sambutan Negara, Majlis Menghadap dan Majlis Santapan Negara yang akan dihoskan Jokowi dan isterinya, Iriana Jokowi di Istana Bogor, Jakarta.
Baginda berdua juga turut berkenan menghadiri Majlis Santapan Petang bersama rakyat Malaysia di Indonesia dan berangkat melawat Masjid Istiqlal di Jakarta.
Rombongan lawatan negara itu turut disertai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku menteri pengiring serta pegawai kanan Kementerian Luar, Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan turut berangkat ke Yogyakarta dan mengadakan pertemuan dengan Sultan Yogyakarta dan Gubernur Daerah Istimewa Yogyakarta, Sri Sultan Hamengkubuwono X serta melawat beberapa tempat bersejarah di sana.
Indonesia adalah negara jiran paling dekat dan terpenting untuk Malaysia dan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia di peringkat global dan yang ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN selepas Singapura dan Thailand.
Pada 2018, jumlah perdagangan dua hala direkodkan adalah RM72.02 bilion, meningkat 7.4 peratus berbanding RM71.51 bilion pada 2017.-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 25 2019
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Zainal Abidin Bakar menjelaskan lawatan negara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Indonesia bermula esok. - Foto Bernama
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dua pelajar perempuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang di Kilometer (KM) 187.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara, di Jasin, pada Khamis.
Persiapan akhir hukuman sebat di masjid berjalan lancar
Proses akhir pelaksanaan hukuman sebatan luar penjara terhadap individu pertama di Terengganu melakukan kesalahan khalwat berulang yang akan dilaksana selepas solat Jumaat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang esok berjalan lancar.
AWANI Ringkas: Mati mengejut | Pergolakan di Mozambique
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [26/12/2024] - Amaran hujan lebat | Lahirkan graduan berkemahiran tinggi | Kadar premium kekal
AWANI Borneo Khamis, 26 Disember 2024 bersama Assim Hassan
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah bermula Sabtu.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026.
Program Tarif Elektrik Hijau akan diteruskan pada 2025.
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah bermula Sabtu.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026.
Program Tarif Elektrik Hijau akan diteruskan pada 2025.
Pesilat Muda Sarawak cipta kejutan di Abu Dhabi
Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) menganjurkan majlis penghargaan buat pesilat muda berbakat dari Marudi, Ummi Masitah Hassan.
DAPSY gesa kelemahan dalam SCHB ditangani
Kerajaan Sarawk digesa segera menangani kelemahan dalam Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) susulan berlakunya tuntutan tanpa pengesahan yang mengakibatkan seorang warga emas kehabisan RM500 nilai bantuan tanpa pengetahuan.
Gojek sesuai di Malaysia tapi perlu tekankan isu keselamatan
Gojek yang telah beroperasi di lima negara - Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Filipina, juga dilihat sesuai beroperasi di Malaysia.
Lawatan negara Agong ke Indonesia kukuhkan lagi persahabatan 62 tahun
Lawatan negara yang berlangsung dari 26 hingga 29 Ogos itu merupakan lawatan sulung Sultan Abdullah ke Indonesia sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas.