Gojek, syarikat perkhidmatan rangkaian pengangkutan dan start up yang telah beroperasi di lima negara - Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Filipina, juga dilihat sesuai beroperasi di Malaysia.
Namun Duta Besar Malaysia di Indonesia Zainal Abidin Bakar berkata ia perlu menekankan soal keselamatan pengguna atau penumpang yang mendapatkan perkhidmatan membonceng motosikal.
"Setelah bertugas (sebagai duta) di Indonesia, saya fikir Gojek sangat efektif dan boleh diaplikasikan di Malaysia. Malaysia juga menghadapi masalah yang sama (kesesakan lalu lintas).
"(Namun) masalah keselamatan menjadi perhatian di Malaysia dan beberapa hal berkaitan kemalangan dan insurans perlu ditangani pihak berkuasa," katanya kepada Bernama.
Zainal Abidin, 58, menerima watikah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 21 Mac lepas.
Pada Selasa, pemandu Gojek mengancam untuk mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, bagi membantah terhadap satu dakwaan penghinaan terhadap profesion itu oleh pengasas dan penasihat sebuah syarikat teksi Malaysia.
Menurut beberapa laporan media tempatan, yang memetik kenyataan Ketua Nasional Gabungan Aksi Roda Dua (Garda) Indonesia, Igun Wicaksono sebagai berkata mereka akan mengemukakan surat bantahan kepada Duta Besar Malaysia di Indonesia.
Menurut Igun, jika pihak terbabit tidak membuat permohonan maaf terbuka, mereka merancang untuk mengadakan demonstrasi dan mengepung Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 3 Sept ini.
Gojek diasaskan oleh Nadiem Makarim, 35, yang juga kini Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kebanggaan Indonesia itu.
Ia bukan sekadar menyediakan perkhidmatan membonceng motosikal (GoRide) tetapi menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti GoCar (pengangkutan kereta seperti GrabCar), GoFood (penghantaran makanan), GoBlueBird (perkhidmatan teksi), GoBills ( pembayaran bill semasa), GoMart (perkhidmatan pembelian barangan di supermarket), GoLaundry (perkhidmatan dobi), GoAuto (perkhidmatan membaiki kenderaan) dan banyak lagi.
Pada 2018, Gojek juga mencatatkan nilai transaksi kasar (GTV) lebih AS$9 bilion di semua negara operasinya, dan menjadikannya kumpulan teknologi pengguna terbesar di Asia Tenggara berdasarkan GTV.
Di Indonesia, bagi tiga bulan pertama 2019, aplikasi Gojek telah dimuat turun lebih daripada 142 juta kali, dengan lebih daripada dua juta rakan kongsi pemandu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 28 2019
Soal keselamatan pengguna atau penumpang yang mendapatkan perkhidmatan membonceng motosikal perlu diberi penekanan. - Gambar hiasan
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Gojek sesuai di Malaysia tapi perlu tekankan isu keselamatan
Gojek yang telah beroperasi di lima negara - Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Filipina, juga dilihat sesuai beroperasi di Malaysia.
Lawatan negara Agong ke Indonesia kukuhkan lagi persahabatan 62 tahun
Lawatan negara yang berlangsung dari 26 hingga 29 Ogos itu merupakan lawatan sulung Sultan Abdullah ke Indonesia sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas.