KUALA LUMPUR: Keluarga kepada semua penghuni di institusi Jabatan Penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney dibenarkan membuat lawatan perjumpaan sempena perayaan Krismas pada 27 dan 28 Dis ini.
Menurut kenyataan Jabatan Penjara, keutamaan lawatan diberi kepada penghuni yang beragama Kristian manakala waktu lawatan bermula 8.15 pagi hingga 4.15 petang.
"Pelawat yang memilih untuk membuat perjumpaan secara dalam talian boleh berbuat demikian bermula 29 Dis hingga 31 Dis ini.
"Keluarga yang memilih kaedah bersemuka perlu membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan," menurut kenyataan itu.
Pelawat juga diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan bagi memudahkan urusan serta tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni.
Menurut jabatan itu, seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga dan pelawat tertakluk kepada akta dan peraturan penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara.
Lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu sahaja dan terdapat tiga kaedah tempahan janji temu iaitu menerusi panggilan telefon, e-mel atau surat ke institusi berkenaan selain menerusi sistem i-Visit di laman web www.prison.gov.my.
"Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan mereka diminta menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
Keutamaan lawatan diberi kepada penghuni yang beragama Kristian manakala waktu lawatan bermula 8.15 pagi hingga 4.15 petang.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
Berkemampuan, disiplin tinggi pikat majikan gaji bekas banduan
Permintaan pekerja daripada golongan Orang Diparol dan Orang Bebas Berlesen di Melaka meningkat susulan kemampuan dan disiplin tinggi yang ditunjukkan mereka dalam pekerjaan.
LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan
Lembaga Pertubuhan Peladang berhasrat memperluaskan lagi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan projek berkaitan aktiviti penternakan.
Jabatan Penjara tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kes banduan lari
Jabatan Penjara tidak akan berkompromi dan akan ambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuai atau tidak patuh prosedur semasa melaksanakan tugas.
Lapan penjara berusia lebih 100 tahun, usang dalam perancangan diganti bangunan baharu
Lapan penjara di negara ini yang dikenal pasti berusia lebih 100 tahun dan mempunyai bangunan lama serta usang dalam perancangan untuk digantikan dengan bangunan baharu secara berperingkat.
Peningkatan kes baharu dadah sebabkan kesesakan penjara
Jabatan Penjara mendedahkan berlaku kesesakan penjara di seluruh negara berikutan peningkatan kes baharu melibatkan dadah.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
Aidilfitri: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada raya ketiga, keempat
Keluarga penghuni penjara dibenar membuat lawatan sempena Aidilfitri tahun ini pada raya ketiga dan keempat.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas 27 dan 28 Dis
Keluarga kepada semua penghuni di bawah institusi Jabatan Penjara dibenarmembuat lawatan sempena perayaan Krismas pada 27 dan 28 Dis ini.
Jabatan Penjara tumpu pemulihan berimpak tinggi menerusi CHCDC
Penjara kini bukan hanya dijadikan sebagai tempat menghukum semata-mata, tetapi turut ditransformasikan sebagai institusi pendidikan.
Jabatan Penjara pelawa NGO beri khidmat kaunseling kepada penghuni
Jabatan Penjara menggalakkan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam memberikan khidmat kaunseling kepada penghuni yang menjalani hukuman penyalahgunaan dadah.