KUALA LUMPUR: Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Filipina dijangka membuka peluang kepada Malaysia untuk meningkatkan pelaburan dalam pelbagai bidang.
Pengarah Institusi Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr Sufian Jusoh berkata, bidang itu termasuk automotif dan semi konduktor selain membuka pasaran baharu kepada negara dalam sektor peladangan kelapa sawit.
Jelasnya, langkah itu juga bakal memberi ruang kepada syarikat-syarikat dalam negara untuk melabur dalam bidang infrastruktur.
"Jadi, mereka memerlukan penambahbaikan infratukrtur seperti jalan kereta api, sistem metro dan sebagainya. Keadaan trafik di Manila agak berat jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur.
"Ini adalah peluang bagi pelabur-pelabur di Malaysia bagi membuat pelaburan dalam infrastruktur di sana dan mereka juga boleh membawa industri perkhidmatan berkaitan seperti kejuruteraan serta perbankan," katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Sufian menambah, Malaysia juga mampu mengintai peluang untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor makanan halal memandangkan Filipina ketika ini berusaha menarik pelancong dari negara-negara Islam berkunjung ke Manila.
Dalam masa yang sama katanya, Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam mencari pendamaian di negara itu sejak tahun 70-an.
Justeru, beliau berpandangan, Malaysia boleh membangunkan kawasan tersebut seperti di Mindanao dalam usaha mencapai kedamaian di selatan Filipina.
"Di kawasan tersebut, ramai penduduk Islam dan seperti yang saya katakan tadi, kita boleh melihat kepada pelaburan contohnya dalam membangunkan industri kelapa sawit sebab di kawasan tersebut cuacanya agak sama dengan Sabah.
"Kelapa sawit maju di Sabah dan kita boleh membangunkan kawasan berkenaan. Sekarang negara juga mengalami masalah makanan dan kita boleh menambah pelaburan dengan membuka ladang di sana," ujarnya.
Terdahulu, Anwar tiba di Filipina bagi memulakan lawatan rasmi sulung ke republik itu selama dua hari, selepas menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Villamor Airbase, sebuah pangkalan udara di Manila pada jam 12.50 petang Rabu.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 01 2023
![Lawatan ke Filipina: Buka peluang pelaburan dalam pelbagai bidang - Pengarah IKMAS Lawatan ke Filipina: Buka peluang pelaburan dalam pelbagai bidang - Pengarah IKMAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677673910_MANILA.jpg)
Perdana Menteri memulakan lawatan rasmi dengan mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr di Malacanang - Foto BERNAMA
![Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739457843_ShamsulAzriAbuBak.jpg)
Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.
![Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732290158_TBaaaronago.jpg)
Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama
Menteri Perpaduan Aaron Aro Dagang berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu menyelaraskan isu-isu berkaitan penganut agama supaya keharmonian negara terus terjamin dan terpelihara.
![Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.
![Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739458581_TuntutanPalsu.jpg)
Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta
Sumber SPRM memaklumkan empat individu terlibat adalah dua pengarah syarikat dan dua naib presiden kanan syarikat berusia antara 50 hingga 60-an.
AWANI Tonight | 13 Feb 2025
#AWANITonight with Faye Kwan
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
![1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas 1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727329120_JPA.jpg)
1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas
Seramai 1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pelaksanaan inisiatif pusingan kerja sejak Ogos tahun lepas.
![Pegawai penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan Pegawai penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739458210_PegawaiLupusDiese.jpg)
Pegawai penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan
Mengikut sumber SPRM, lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.
AWANI Tonight: Hundreds of foreigners freed from scam centres in Myanmar
Over 250 people from 20 countries, who had been working in online scam centers in Myanmar, have been freed by an ethnic armed group and brought to Thailand. Authorities are determining if they were human trafficking victims.
AWANI Tonight: 2024: Deadliest year for journalists, Israel linked to 70% cases
In 2024, a record 124 journalists were killed across 18 countries, with nearly 70% of the deaths attributed to Israel, according to the Committee to Protect Journalists (CPJ).
AWANI Tonight: Government to amend Peaceful Assembly Act
The government will amend the Peaceful Assembly Act to facilitate groups intending to hold peaceful rallies where consent will no longer be needed from site owners, says PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670373369_anwaribrahimSyed.jpg)
Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.
![Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739439696_TambunAhmadFarhan.jpg)
Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga daripada kategori miskin tegar di Parlimen Tambun hari ini.
![Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739428519_tbAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.
![Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739424143_TBhamzah.jpg)
Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.
![PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.
![Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738640192_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.
![Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695257373_AnwarErdoan.jpg)
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
![Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340506_tbanwaribrahimMe.jpg)
Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza.
![Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333291_TBAnwarIbrahim.jpg)
Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan formasi dasar serta institusi di negara ini dilakukan dengan cepat dan menggunakan pelbagai kaedah yang lebih berkesan.
![PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739327892_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.