PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyifatkan lawatan kerja tiga harinya ke Australia bermula Khamis sebagai berjaya mempertingkatkan hubungan dua hala yang sedia erat antara Malaysia dan Australia.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan bersempena Mesyuarat Tahunan Menteri-Menteri Luar Malaysia-Australia (AFMM) kelima (Annual Foreign Ministers' Meeting) itu turut berjaya menyelesaikan isu-isu bersama di bawah kerangka Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).
Ia berjaya membuka ruang dan peluang perdagangan melalui kerjasama baharu menerusi modenisasi Malaysia-Australia Free Trade Agreement (MAFTA) dan memperkukuh komitmen bersama ke arah memelihara kestabilan dan keamanan rantau Indo-Pasifik tanpa sebarang ancaman mana-mana pihak, katanya.
"Mesyuarat kali ini telah membincangkan perkara-perkara teras penting termasuklah ekonomi, sains dan teknologi, pendidikan, pertahanan dan keselamatan serantau.
"Perbincangan berjalan dalam suasana baik dan mesra dengan mengambil kira kepentingan bersama kedua-dua belah pihak," menurut kenyataan itu.
Zambry berkata mesyuarat juga bersetuju untuk mengambil tindakan susulan di peringkat kerja ( working level) di kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan.
AFMM merupakan satu mekanisme dua hala di bawah Deklarasi Bersama Kerjasama Strategik (Joint Declaration for Strategic Partnership) antara Malaysia dan Australia yang ditubuhkan pada 2015.
Sehingga kini, sebanyak empat mesyuarat telah diadakan sebelum ini iaitu pada Mac 2017 (Putrajaya), November 2019 (Sydney), Disember 2020 (Kuala Lumpur) dan November 2021 (Kuala Lumpur) serta dihoskan secara bergilir antara Malaysia dan Australia.
Semasa di Adelaide, Zambry berkata beliau juga mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Australia Selatan yang ke-47 Peter Malinauskas MP.
"Semasa pertemuan tersebut, kami telah bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala yang berkepentingan bersama serta usaha untuk mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat di antara Malaysia dan Australia Selatan," katanya.
Menurut Zambry, pertemuan itu amat bermakna kerana 2023 merupakan ulang tahun ke-50 'Sister City' di antara Georgetown, Pulau Pinang dan Adelaide, Australia Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023

Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyifatkan lawatan kerja tiga harinya ke Australia bermula Khamis sebagai berjaya mempertingkatkan hubungan dua hala yang sedia erat antara Malaysia dan Australia. - BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

KPM terus fokus tangani isu keciciran pelajar - Fadhlina
Isu keciciran pelajar akan terus menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) sepanjang tahun ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

PM Anwar tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium, serta bertemu pemimpin Kesatuan Eropah (EU).

PM Anwar dijangka sentuh isu perdagangan, Palestin dengan pemimpin Belgium, EU - Duta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyentuh isu-isu perdagangan, Timur Tengah dan krisis Rusia-Ukraine semasa lawatan ke Belgium bermula Ahad.

PM Anwar akhiri lawatan kerja di UK, berlepas ke Belgium
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja di London, United Kingdom (UK) hari ini.

PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).

Lawatan kerja PM Anwar ke London raih potensi pelaburan RM11 bilion
Kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing selepas beliau dan delegasi mengadakan siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK.

PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun
Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics bagi menyampaikan syarahan umum.

PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London
Perdana Menteri Anwar memulakan lawatan kerja lima harinya ke United Kingdom dengan bertemu rakan sejawatan Keir Starmer pada Rabu.

PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja lima hari
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke UK sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.