Malaysia boleh memainkan peranan sebagai negara yang mencetuskan perbincangan diplomatik di antara China dan negara berkepentingan dalam menyelesaikan pertikaian di Laut China Selatan.
Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata Malaysia, yang mempunyai hubungan dagang dan diplomatik yang baik dengan China, boleh mempelawa negara kuasa besar itu ke meja rundingan demi kepentingan rantau ini.
"China mungkin agak keberatan untuk berunding menerusi ASEAN kerana adanya negara (anggota ASEAN) yang membawa pertikaian Laut China Selatan ke mahkamah antarabangsa.
"Sebagai rakan dagang yang baik dan mempunyai hubungan diplomatik yang lama dengan China, Malaysia boleh mengetuai proses rundingan diplomatik di antara China dan pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian itu," katanya kepada Bernama di sini, pada Rabu.
Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA) yang berpusat di The Hague, Belanda pada Selasa memihak kepada Filipina dan memutuskan China tidak mempunyai hak tuntutan berdasarkan sejarah ke atas kawasan perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan.
PCA juga mendapati tindakan agresif dan pembinaan infrastruktur Beijing di kawasan bertindih itu melanggar kedaulatan Filipina.
Bagaimanapun, China menolak keputusan itu dengan menyifatkannya sebagai satu rekaan semata-mata, malah mungkin bertindak lebih agresif selepas ini untuk mempertahankan kedaulatan dan kepentingan maritimnya.
China menuntut hampir seluruh perairan kaya sumber asli itu yang menjadi laluan kapal dengan nilai dagangan kira-kira AS$5 trilion setahun. Malaysia, Brunei, Filipina, Taiwan dan Vietnam turut membuat tuntutan terhadap kawasan itu.
Ahmad Marthada berkata sekiranya Malaysia dapat berbuat demikian, ia pasti dihargai negara-negara kecil yang terlibat dalam pertikaian itu sekali gus mengelak berlakunya konflik berskala besar.
"Ada khabar mengatakan China akan mengenakan sekatan ekonomi ke atas negara yang membawa perkara itu ke mahkamah antarabangsa. Ini bukan hanya melemahkan ekonomi negara-negara kecil malah, ekonomi rantau ini kerana China merupakan sebuah kuasa ekonomi dunia," katanya.
Ahmad Marthada berkata China juga memainkan peranan penting dalam mengekang ancaman keselamatan termasuk Daesh di rantau ASEAN dengan kekuatan ketenteraannya.
"Kita bimbang pihak militan Daesh akan mengambil kesempatan menyelusup masuk ke negara-negara ASEAN sekiranya berlaku pertelingkahan di antara China dan negara-negara ASEAN," katanya.
Ketua Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar juga berkata semua pihak berkepentingan perlu kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan pertikaian itu hingga dapat memanfaatkan mereka.
Rundingan boleh dibuat melalui platform ASEAN + 3 yang melibatkan China, Jepun dan Korea serta Forum Serantau ASEAN yang turut melibatkan Amerika Syarikat.
"Dengan penyertaan kuasa besar lain, ini akan mengimbangi perbincangan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan semua pihak," katanya.
Menurutnya China perlu bersetuju untuk turut serta dalam perbincangan itu kerana keputusan PCA secara asasnya menunjukkan tiada siapa pun mempunyai hak mutlak di Laut China Selatan.
Bernama
Wed Jul 13 2016

Malaysia, yang mempunyai hubungan dagang dan diplomatik yang baik dengan China, boleh mempelawa negara kuasa besar itu ke meja rundingan demi kepentingan rantau ini.
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

China lanjutkan pinjaman AS$2 bilion kepada Pakistan selama setahun lagi
Pinjaman tersebut sepatutnya dibayar semula pada 24 Mac, tetapi China setuju tangguhkannya bagi menyokong kestabilan ekonomi dan usaha pemulihan Pakistan.

China bertindak balas terhadap peningkatan tarif AS
Kementerian Perdagangan China mengumumkan sejumlah tindakan balas terhadap tindakan Amerika Syarikat menaikkan tarif terhadap negara itu.

China sasar pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus pada 2025
Laporan turut menggariskan beberapa sasaran pembangunan utama lain tahun ini, termasuk kadar pengangguran di kawasan bandar sekitar 5.5 peratus.

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import dari AS
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

China pertimbang kenakan tarif ke atas produk pertanian, makanan AS sebagai tindak balas - Laporan
China sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas produk pertanian dan makanan dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap rancangan Washington.

UEM Sunrise dan firma Singapura, GuocoLand laksana pembangunan dengan GDV RM45 bilion di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad buat julung kalinya menjalinkan kerjasama strategik dengan kumpulan hartanah ternama dari Singapura, GuocoLand Limited bagi membangunkan bersama bank tanah terpilih.

Pasaran hilang petunjuk? Lima strategi pelabur menghadapi ketidaktentuan
Sentimen global yang lemah, dasar perdagangan proteksionis, serta ketidak tentuan ekonomi menambah tekanan kepada pasaran.