KOTA KINABALU: Sabah akan melaksanakan semula larangan rentas daerah bermula 27 Mei hingga 3 Jun ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri mengenai COVID-19 berkata sepanjang larangan rentas daerah itu hanya pergerakan penduduk antara daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dibenarkan, manakala penduduk lain kekal dalam daerah masing-masing.
"Dalam tempoh tersebut PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan melaksanakan sekatan jalan raya, pengguna jalan raya yang diberi permit oleh PDRM atau dokumen sah kebenaran merentas daerah sahaja akan diberi kebenaran meneruskan perjalanan ke daerah yang hendak dituju.
"Tujuan larangan rentas daerah adalah untuk mengawal pergerakan individu dan mengurangkan kontak fizikal bagi membendung penularan COVID-19 di Sabah dan penduduk diminta tidak mencuba nasib merentas daerah kerana akan diarah berpatah balik," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Sehubungan itu, katanya, Sabah akan melaksanakan kembali kepada larangan rentas zon bermula esok seperti dijadualkan setelah larangan rentas daerah dikuatkuasakan sebelum ini bermula Isnin lepas (10 Mei) tamat pada Ahad.
Sabah menguatkuasakan larangan rentas zon mengikut enam zon daerah ditetapkan iaitu Zon 1 ialah Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar, manakala Zon 2 ialah Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang.
Zon 3 membabitkan Kudat, Kota Marudu dan Pitas; Zon 4 ialah Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod; Zon 5 ialah Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan serta Zon 6 ialah Keningau, Tambunan dan Tenom, yang mana penduduk dibenarkan merentas daerah dalam zon ditetapkan itu.
Sementara itu, Masidi berkata satu kluster COVID-19 baharu direkodkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Jalan Menteri melibatkan tujuh kes di Penampang dan dua kes di Kota Kinabalu.
Kes indeks merupakan suri rumah wanita, 48, yang disahkan positif melalui ujian saringan pada 10 Mei selepas mengalami gejala dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk rawatan.
"Saringan kontak rapat yang dijalankan oleh pasukan kawalan kemudian mengesan lapan kes positifCOVID-19...berdasarkan siasatan awal kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri mesyuarat keagamaan pada 28 April dan 5 Mei lepas di Jalan Menteri (di sini)," katanya.
Dalam pada itu, Masidi berkata berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 87 kes, menjadikan jumlah kumulatif 59,349 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 16 2021

Sabah akan melaksanakan semula larangan rentas daerah bermula 27 Mei hingga 3 Jun ini. - Gambar fail/Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat
Masidi berkata beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya.

Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.

'Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya diserahkan kepada pegawai saya' - Masidi
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau.

Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).

DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.

Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.

Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.

Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.

Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.