Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan kartunis, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque untuk mencabar perintah Jabatan Imigresen Malaysia yang melarangnya ke luar negara.
Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas menolak bantahan dikemukakan Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan Zunar bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar keputusan itu.
Hakim itu membuat keputusan berkenaan di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam N. Surendran dan Latheefa Koya mewakili Zunar manakala Peguam Kanan Persekutuan Mohamad Rizal Fadzil mewakili Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Surendran ketika ditemui pemberita berkata kes itu akan didengar untuk permohonan semakan kehakiman. Namun, tiada tarikh pendengaran ditetapkan oleh mahkamah.
Pada 7 Dis 2016, Zunar selaku pemohon, memohon perintah certiorari untuk membatalkan arahan sekatan perjalanan oleh responden terhadapnya yang dimaklumkan secara lisan pada 17 Okt 2016.
Beliau memohon perintah deklarasi bahawa sekatan perjalanan yang dikenakan terhadapnya melanggar Perkara 5(1), Perkara 8 dan/atau Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, ia terbatal, tidak sah dan tidak berperlembagaan.
Zunar juga memohon perintah mandamus daripada mahkamah untuk mengarahkan kesemua responden membenarkannya ke luar negara tanpa sekatan.
Zunar berkata beliau dihalang oleh pegawai imigresen ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 17 Okt 2016 untuk ke Singapura bagi menghadiri forum di sebuah universiti di sana.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2017
Pada 7 Dis 2016, Zunar selaku pemohon, memohon perintah certiorari untuk membatalkan arahan sekatan perjalanan oleh responden terhadapnya yang dimaklumkan secara lisan pada 17 Okt 2016.
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.
Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.
'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.
Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.