Had umur penjualan minuman beralkohol akan dinaikkan hanya kepada mereka yang berusia 21 tahun ke atas sahaja berkuatkuasa 1 Disember 2017.
Ia berbanding larangan sebelum ini yang dihadkan kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata penguatkuasaan itu berikutan pindaan peraturan berkaitan minuman beralkohol di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang diwartakan pada 27 Mei lepas.
Beliau berkata selain had umur dinaikkan, semua penjual minuman beralkohol diwajibkan mempamerkan notis 'Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan' di hadapan premis masing-masing.
"Pindaan peraturan turut mewajibkan minuman beralkohol yang dijual dipamer di kabinet atau rak yang berasingan daripada kabinet atau rak makanan lain dan meletakkan label 'Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan' pada semua produk minuman beralkohol," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata pindaan itu turut melibatkan peraturan 361 mengenai standard am bagi minuman beralkohol yang sedia ada dan mewujudkan peraturan baharu 386A mengenai Sebatian Minuman Keras (CHL).
Subramaniam berkata kegagalan mematuhi mana-mana peraturan berkaitan minuman beralkohol merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Mengulas lanjut berhubung peraturan baharu 386A, Subramaniam menjelaskan ia bertujuan mengawal kebolehdapatan CHL yang yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih minuman beralkohol dan kini boleh dibeli dengan mudah di kedai ubat, kedai runcit, kedai kopi pada harga serendah RM5.
"CHL merupakan satu isu sosial yang besar dalam kalangan masyarakat berpendapatan rendah. Oleh itu peraturan baharu ini menetapkan bahawa produk CHL hanya dibenarkan dijual dalam botol kaca dengan isipadu minimum 700 ml," katanya.
Kata Subramaniam, kegagalan mematuhi peraturan 386A mengenai CHL merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Katanya, Kementerian Kesihatan sudah berbincang dengan 46 wakil pihak industri berhubung pindaan peraturan berkenaan di negara ini.
Anthea Yap
Wed Jun 01 2016

Menurut Subramaniam, perkara tersebut adalah antara empat pindaan yang dibuat ke atas Peraturan Berkaitan Minuman Beralkohol mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985. - Foto Astro AWANI/Anthea Yap

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Larangan jual alkohol kepada bawah 21 tahun bermula 1 Dis 2017
Had umur penjualan minuman beralkohol akan dinaikkan hanya kepada mereka yang berusia 21 tahun ke atas sahaja berkuatkuasa 1 Disember 2017.