ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengeluarkan arahan larangan menjalankan sebarang aktiviti riadah dan berbuka puasa di Dataran Medan Bandar di sini, berkuat kuasa pada Isnin.
MBAS menerusi laman Facebooknya memaklumkan larangan berkenaan adalah bertujuan mencegah penularan wabak COVID-19 di negeri itu.
"Bagi mencegah penularan wabak COVID-19, orang awam dilarang untuk mengadakan sebarang aktiviti riadah dan berbuka puasa secara individu atau berkumpulan di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.
"Kegagalan mematuhi arahan ini adalah satu kesalahan," menurut arahan itu.
Terdahulu, Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan berkata pihaknya bersedia menjalankan penguatkuasaan sekiranya arahan larangan kepada orang ramai untuk tidak berbuka puasa di kawasan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Beliau berkata walaupun tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai diminta untuk tidak memenuhi kawasan berkenaan.
"Sekiranya arahan larangan rasmi telah dikeluarkan dan masih ada yang berdegil untuk berbuka puasa di kawasan berkenaan, polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang yang telah diperuntukkan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini pada Isnin.
Beliau mengulas mengenai satu klip video yang ditularkan di media sosial memaparkan orang ramai duduk secara berkelompok berbuka puasa di kawasan dataran berkenaan baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 26 2021
MBAS keluar arahan larangan menjalankan sebarang aktiviti riadah dan berbuka puasa di Dataran Medan Bandar berkuat kuasa Isnin. -Facebook / Zaira
Parlimen: Peningkatan inflasi perubatan punca tuntutan insurans kesihatan naik
Peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat.
Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong
Mayat mangsa kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong telah dibawa keluar oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Hospital Bentong.
[TERKINI Mayat mangsa nahas helicopter dekat Bentong dibawa keluar
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.
Hati sudah kosong, Linda Hashim nekad bercerai dengan Beego
PELAKON Linda Hashim nekad untuk meneruskan penceraiannya dengan Beego dan sedar bahawa mereka tidak dapat rujuk kembali selepas talak kali ketiga dijatuhkan.
[TERKINI] Keterangan 3 selebriti selesai direkod
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan sebuah syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky baru-baru ini.
Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara
Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara untuk membolehkan siasatan dijalankan selepas sebahagian daripada bumbung premis itu runtuh lewat malam tadi.
Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).
Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.
EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.
Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Pencemaran bau: Perkembangan berkaitan sekolah diumum esok
Perkembangan membabitkan persekolahan di Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan di sini yang dilanda pencemaran bau akan diumumkan esok.
MCMC adakan libat urus dengan penyedia platform media sosial bulan ini
MCMC akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan SOP melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.
Kelulusan projek pembangunan baharu di KL ditangguhkan sementara - Dr Zaliha
Semua kelulusan projek pembangunan baharu di Kuala Lumpur ditangguhkan buat sementara waktu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.