Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan laporan media sosial bahawa timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur dari Kabinet hanyalah “rekaan politik” pihak tertentu.
Beliau berkata dalam satu kenyataan, hubungan dan persefahamannya dengan Muhyiddin adalah amat baik.
“Sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau sentiasa mendokong dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa oleh saya,” tambahnya.
Najib turut menyifatkan bahawa Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pula sentiasa bersamanya dalam segala usaha memperkukuhkan dan memantapkan perjuangan parti.
“Ini merupakan satu usaha berterusan dan masih banyak yang perlu dilakukan oleh saya dengan bantuan beliau,” katanya.
Perdana Menteri yakin bahawa dengan adanya hubungan dan persefaham yang amat baik di antara mereka, segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap pimpinan kerajaan BN.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis menegaskan beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan kepada Perdana Menteri selagi khidmatnya diperlukan.
Ia ekoran laporan beberapa laman blog dan media sosial beberapa hari lalu yang menyebut kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan UMNO.
Astro Awani
Fri Jun 20 2014
Menurut Najib, hubungan dan persefahamannya dengan Muhyiddin adalah amat baik. -- gambar fail
Jawatankuasa kaji bahan cemar baharu akan diwujudkan - Fadillah
Satu jawatankuasa akan diwujudkan bagi mengkaji secara menyeluruh mengenai bahan cemar baharu termasuk mikroplastik yang berisiko.
Perkasa industri bahan bukan makanan untuk produk halal
Pada masa sama Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi berkata, sehingga Julai 2024, jumlah syarikat mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah sebanyak 9,146 buah syarikat.
Tiktok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live'
Jelas Fahmi Fadzil, kebanyakan sesi siaran langsung di TikTok didapati dibuat pada waktu tengah malam atau awal pagi yang memerlukan perubahan dalam mod pemantauan oleh penyedia platform media sosial berkaitan.
Hari bersejarah, PAC buat penerangan laporan dalam Dewan Rakyat
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini diberi ruang membuat penerangan di dalam Dewan Rakyat mengenai pengurusan dana latihan dan keberkesanan program latihan HRD Corp.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Dewan Rakyat kecoh: ''Welcome back Hulu Langat'' - YB Sungai Petani
Dewan Rakyat kecoh selepas YB Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh kemuka 'point of order'. YB Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan kemudian mencelah meminta YB Besut duduk kerana membuang masa.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid
Majlis Halal Malaysia sedang mengkoordinasi usaha bersama pihak negeri dan agensi kerajaan agar tanah terbiar dapat digunakan untuk memperluas penanaman.
Penyelia restoran didakwa mabuk, langgar anggota polis
Seorang penyelia restoran dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis trafik.
Lembaga Zakat Selangor bantu khunsa hilang pekerjaan
Skuad Saidina Umar Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni seorang khunsa musykil yang kini hilang pekerjaan dan menumpang teduh di rumah rakannya.
Puting beliung EF1 landa Iowa, jejas harta awam
Sebuah rakaman menerusi loceng pintu menunjukkan detik-detik ketika puting beliung melanda sebuah rumah di iowa pada Isnin.
Rakaman itu turut menunjukkan angin kencang membadai pokok di luar dengan ganas sehingga menyebabkan ranting pokok dan daun berterbangan.
Rakaman itu turut menunjukkan angin kencang membadai pokok di luar dengan ganas sehingga menyebabkan ranting pokok dan daun berterbangan.
16 maut dalam kebakaran pusat beli-belah di China
Video yang disiarkan oleh media rasmi kerajaan, CCTV, dan dikongsi di media sosial pada malam Rabu menunjukkan asap hitam tebal berkepul keluar dari menara 14 tingkat di Zigong, wilayah Sichuan.
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat
Bersatu konsisten menolak keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan menegaskan beliau tidak sepatutnya membuat keputusan sebegitu.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
Pemilihan Bersatu: Saya sudah ada 'keputusan' - Muhyiddin
'Ilham' diperoleh selepas Muhyiddin bertemu dengan sebahagian besar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, baru-baru ini.
Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin
Muhyiddin dakwa, Kerajaan Perpaduan sanggup melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuaan berkait Akta Lompat Parti.
Isu dipecat Bersatu: 'PN jadikan kami ahli Parlimen Bebas' - 6 MP
Enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang dipecat daripada parti itu menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti politik, sebaliknya akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas.
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
Kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu: Keputusan Speaker berdasarkan Perlembagaan - PM Anwar
Beliau juga minta Muhyiddin baca tafsiran undang-undang Perlembagaan Persekutuan mengenai Akta Anti Lompat Parti secara menyeluruh.
"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.