Ketelusan Jabatan Audit Negara sekali lagi mendapat pujian daripada Transparency International Malaysia (TIM) atas kejayaannya membentangkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3.
Laporan bersiri bahagian akhir tersebut disifatkan TIM sebagai tidak tunduk atau menyebelahi agensi dan kementerian di Kerajaan Persekutuan, badan-badan berkanun dan aktiviti kerajaan negeri.
Menurut pandangan Presiden TIM, Datuk Akhbar Satar melalui kenyataan medianya, walaupun terdapat beberapa kekurangan dan ketidakteraturan dalam laporan tersebut, masih ditemui beberapa petanda positif dan penambahbaikan yang dilaksanakan sesetengah kementerian dan jabatan.
“Masih terdapat beberapa trend sama ditunjukkan dalam langkah-langkah perolehan yang lemah serta kekurangan ketelusan daripada sesetengah kementerian,” ujar kenyataan itu.
Salah satu penemuan besar dalam laporan terkini berkenaan ialah mengenai projek 1BestariNet yang menyasarkan usaha penyediaan jalur lebar 4G berkelajuan tinggi di lebih 10,000 sekolah di seluruh negara, termasuk platform persekitaran pembelajaran virtual (VLE) untuk e-pembelajaran.
Sebanyak 89 peratus daripada 46 buah sekolah yang diselidik dan lebih 70 peratus daripada 491 maklum balas mendedahkan bahawa liputan 1BestariNet tidak sampai ke keseluruhan kawasan sekolah. Masih terdapat akses yang terhalang walaupun dalam perimeter sekolah.
Projek tersebut sepatutnya menyediakan infrastruktur untuk 10,000 buah sekolah di negara ini dalam tempoh 30 bulan bermula 13 Disember 2011.
Begitupun, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa sambungan Internet kepada 4,176 pengguna sasaran telah terlewat selama 439 hari tanpa dikenakan penalti. Ia sepatutnya disiapkan pada bulan Jun tahun ini.
“Kontraktor yang dilantik dalam projek tersebut tidak sepatutnya lepas daripada tanggungjawab, walaupun dengan denda sejumlah RM2.4 juta atas kelewatan tersebut,” kata Akhbar yang mencadangkan Kementerian Pendidikan mengambil pendekatan undang-undang atas kegagalan pihak tersebut.
Astro Awani
Wed Nov 12 2014
![Laporan Ketua Audit Negara: TIM tegur permasalahan projek 1BestariNet Laporan Ketua Audit Negara: TIM tegur permasalahan projek 1BestariNet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/51415776115_295x200.jpg)
Laporan Ketua Audit Negara antara lain mendedahkan mengenai pelaksanaan projek 1BestariNet yang tidak efisien. - Foto fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Apa dosa Muhyiddin kepada Maszlee? - Ketua Penerangan Armada Apa dosa Muhyiddin kepada Maszlee? - Ketua Penerangan Armada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631172921_AshrafMustaqim.jpg)
Apa dosa Muhyiddin kepada Maszlee? - Ketua Penerangan Armada
Surat daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah tersebar menyatakan Maszlee gagal mematuhi arahan Kabinet dalam isu perkhidmatan internet percuma di sekolah.
![PAC akan mula prosiding tiga isu baharu PAC akan mula prosiding tiga isu baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599008754_Parlimen.jpg)
PAC akan mula prosiding tiga isu baharu
PAC Parlimen berpendapat terdapat merit dalam ketiga-tiga isu untuk dibawa dalam prosiding Jawatankuasa ini.
![KPM disaran laksana penilaian holistik projek 1BestariNet Fasa 2 KPM disaran laksana penilaian holistik projek 1BestariNet Fasa 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41479804768_BestariNet.jpg)
KPM disaran laksana penilaian holistik projek 1BestariNet Fasa 2
Laporan audit itu juga mendapati sasaran pengaktifan ID VLE oleh ibu bapa di bawah program Pengurusan Perubahan terhadap 8,094 daripada 8,551 sekolah yang dilawati, turut tidak tercapai.
![1BestariNet: Kos tersembunyi antara faktor tawaran YTLC ditolak - KPM 1BestariNet: Kos tersembunyi antara faktor tawaran YTLC ditolak - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41562322664_KPM.jpg)
1BestariNet: Kos tersembunyi antara faktor tawaran YTLC ditolak - KPM
Contohnya, Mohd Gazali berkata kementerian terpaksa menanggung kos caj elektrik sebanyak RM41,881,384.98 sedangkan hakikatnya ia perlu dibayar syarikat itu.
![1BestariNet tidak gagal - Mahdzir Khalid 1BestariNet tidak gagal - Mahdzir Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41479804768_BestariNet.jpg)
1BestariNet tidak gagal - Mahdzir Khalid
Kementerian Pendidikan hari ini menafikan dakwaan beberapa pihak mengenai Projek Perkhidmatan 1BestariNet yang dikatakan gagal.
![PAC kenal pasti kelemahan libatkan pengurusan kontrak dalam 1BestariNet PAC kenal pasti kelemahan libatkan pengurusan kontrak dalam 1BestariNet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71460548286_internet.jpg)
PAC kenal pasti kelemahan libatkan pengurusan kontrak dalam 1BestariNet
Antara isu berbangkit yang dikenal pasti PAC ialah berhubung kelewatan penyambungan internet dan tahap penggunaan Virtual Learning Environment (VLE) yang rendah.
![PAC akan panggil saksi beri keterangan isu projek 1BestariNet PAC akan panggil saksi beri keterangan isu projek 1BestariNet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71393155457_295x200.jpg)
PAC akan panggil saksi beri keterangan isu projek 1BestariNet
PAC akan memanggil beberapa saksi untuk memberikan penerangan berhubung kelemahan pelaksanaan fasa pertama Projek Perkhidmatan 1BestariNet.
![Sistem penjagaan kesihatan Malaysia ketiga terbaik di dunia Sistem penjagaan kesihatan Malaysia ketiga terbaik di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/61392046071_295x200.jpg)
Sistem penjagaan kesihatan Malaysia ketiga terbaik di dunia
Malaysia mendapat tempat ketiga setelah mendapat markah 95 daripada 100 mata, sementara negara-negara di tempat dua teratas, iaitu Perancis dan Uruguay masing-masing memperolehi 97 dan 96 mata.