Laporan muktamad mengenai kajian bagi projek pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura dijangka disiapkan hujung bulan ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Beliau berkata kajian itu merangkumi penilaian terperinci dari aspek teknikal dan kejuruteraan, kos, kewangan dan operasi serta mengambil kira faedah ekonomi.
"Kajian itu yang telah selesai dijalankan kini berada di fasa akhir bagi penyediaan laporannya.
"Kita menjangkakan laporan muktamad pada penghujung Julai," katanya menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.
Teresa ingin tahu status pembinaan kereta api itu dan sama ada projek berkenaan akan diberikan melalui tender terbuka.
Menurut Nancy, koridor yang dikenal pasti untuk projek itu akan melalui semua kawasan dan negeri antara Kuala Lumpur dan Singapura iaitu Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Berhubung pemilihan tender bagi projek itu, Nancy percaya kerajaan akan menimbang mekanisme terbaik mengikut prosedur, tata cara dan garis panduan sedia ada.
Menjawab soalan tambahan Datuk Makin@Marcus Majigoh (BN-Putatan), beliau berkata isu kos tidak boleh didedahkan di dalam Dewan yang dianggap tidak adil kepada negara berikutan projek itu membabitkan kerjasama dengan negara jiran.
"Jika didedahkan di sini, ia akan tidak adil kepada negara kerana kita akan berkongsi dengan Singapura, itu terlalu awal untuk mengeluarkan maklumat terperinci," kata Nancy.
Bernama
Tue Jul 09 2013
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Krisis inflasi terburuk Australia berakhir - PM Albanese
Rakyat Australia mempunyai sebab untuk optimis, dengan data baharu menunjukkan inflasi berada pada paras terendah dalam tempoh tiga tahun.
Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan
Wiberg optimis pertumbuhan akan jadi lebih baik, memandangkan Malaysia semakin ketara berperanan sebagai salah satu rakan kongsi utama Sweden.
Dasar mesra pelabur tarik kehadiran ramai pelabur ke Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, Sabah berada pada landasan betul untuk memajukan negeri melalui inisiatif strategik di bawah kerangka Sabah Maju Jaya.
Hubungan ekonomi AS-Malaysia wujudkan 312,000 pekerjaan baharu - Kaunselor Ekonomi
Syarikat Amerika telah mengumumkan lebih RM200 bilion pelaburan baharu sejak 2021, dengan 72 peratus datang daripada syarikat Fortune 500.
Hasrat Malaysia sertai BRICS tegak dasar bebas dan berkecuali
Keanggotaan dalam BRICS akan melengkapkan peranan aktif Malaysia dalam rangkaian kerjasama serantau dan antarabangsa.
Penyasaran subsidi RON 95: Pakar ekonomi cadang kerajaan tidak ganggu harga pasaran
Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata pada masa sama kerajaan disaran terus memberi bantuan sewajarnya kepada golongan yang memerlukan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berhasrat perkukuh kerjasama serantau - Tiong
Kerjasama itu akan meningkatkan inisiatif pelancongan secara kolaboratif, mempromosi keterhubungan dan pertumbuhan ekonomi di seluruh Asia Tenggara.
Kajian rapi perlu kait bantuan tunai dengan inflasi - Pakar
Walaupun mengaitkan bantuan tunai dengan inflasi adalah langkah wajar, ia tidak seharusnya diikat terus kepada kadar inflasi.
Pahang tumpu tarik ramai peserta industri pusat data
Industri itu dilihat mempunyai potensi tinggi dan Pahang seharusnya tidak ketinggalan merebut peluang sektor terbabit bagi memacu ekonomi negeri.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.