KUALA LUMPUR: Dakwaan yang dibuat India dan Indonesia terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB) yang baru dilantik, Ralph Marshall, adalah tidak berasas, menurut peguamnya Judith Seddon.
Ini adalah susulan penolakan Interpol terhadap Notis Merah dari kedua negara tersebut, lapor Malay Mail.
Seddon membuat kenyataan itu dalam surat bertarikh 5 Februari, sebelum Marshall diumumkan sebagai peneraju di DNB oleh kerajaan untuk pengambilalihan bagi membangunkan teknologi 5G di Malaysia.
“Saya tidak menganggap tuduhan jenayah India atau Indonesia itu mempunyai asas. Pandangan itu disokong oleh penolakan tuduhan oleh Mahkamah Khas di India, dan penghentian siasatan jenayah di Indonesia.
"Suruhanjaya Pengendalian Interpol, selepas meneliti setiap kes dengan teliti telah menolak permohonan Notis Merah," katanya dalam surat itu.
India telah memohon Notis Merah ke atas Marshall berikutan perselisihan perniagaan, di mana Marshall dan seorang figura konglomerat terkemuka dinamakan dalam pertuduhan tersebut.
Difahamkan, Interpol menolak permohonan itu dengan alasan ia tidak mematuhi peraturan organisasi, setelah mendapati ia bersifat politik dan peribadi.
Prosiding di India adalah mengenai pengambilalihan Aircel India oleh Maxis dari Siva Ventures Limited, sebuah syarikat milik C. Sivasankaran pada tahun 2006.
Pada bulan November 2009, Sivasankaran mengemukakan prosiding timbang tara terhadap Maxis di Singapura, yang mendakwa Maxis telah melanggar kontrak. Pada 2011, beliau kalah dalam kes tersebut.
"Jelas bahawa tuntutan rasuah dan paksaan yang dibuat terhadap Maxis dan wakilnya berpunca dari perselisihan peribadi antara Sivasankaran dan dibuat setelah jelas bahawa tuntutan itu akan gagal," kata Seddon.
Dalam suratnya, Seddon mengatakan tuduhan jenayah di Indonesia pertama kali dibuat terhadap Marshall 12 tahun lalu.
Seddon menegaskan bahawa tuduhan jenayah tersebut dihentikan oleh polis Indonesia beberapa kali, dengan kali terakhir pada bulan Ogos 2016.
Beliau memaklumkan proses sivil yang dibawa berkaitan dengan fakta yang sama juga ditolak oleh Mahkamah Agung Indonesia pada 3 Jun 2020.
"Interpol menolak permohonan (oleh Indonesia untuk mendapatkan Notis Merah) pada bulan Mei 2014, dan membuang maklumat berkaitan dari fail Interpol," katanya.
Agensi
Wed Mar 10 2021
Marshall diumumkan sebagai peneraju di DNB oleh kerajaan untuk pengambilalihan bagi membangunkan teknologi 5G di Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
2025 mungkin edisi terakhir Pesta Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong
Chow Kon Yeow berkata ia berikutan sebahagian daripada kawasan itu terlibat dengan projek pembangunan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia mahu tingkatkan Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas jadi hab perdagangan serantau
Pada 2025, Malaysia akan meneruskan dan mengembangkan projek-projek infrastruktur transformatif yang direka untuk meningkatkan kedudukan global negara.
Indonesia rancang peraturan nasional terperinci mengenai AI
Kerajaan Indonesia akan merangka peraturan yang lebih terperinci dan komprehensif mengenai penggunaan dan pengawalan kecerdasan buatan (AI).
Pulau Pinang antara tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara - Lonely Planet
Portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet, menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara.
Singapura perkenal rang undang-undang kekalkan keharmonian kaum
Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu di Parlimen pada Selasa.
FGV, MPOB jalin kerjasama tingkat kebolehkesanan, perkasa pekebun kecil
FGV Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjalin kerjasama strategik dengan memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk meningkatkan kebolehkesanan dan memperkasa pekebun kecil.
Warga New York kongsi pendapat susulan pengenalan tol
Pelbagai reaksi disuarakan warga New York selepas kota metropolis perkenalkan tol bagi kenderaan yang memasuki kawasan kejiranan Manhattan bermula semalam.
Menteri Pengangkutan Korea Selatan nyata hasrat letak jawatan
Menteri Pengangkutan Korea Selatan menyatakan hasrat meletak jawatan dan berundur daripada kedudukannya sebagai mengambil tanggungjawab di atas berlakunya nahas pesawat Jeju Air baru-baru ini.
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Paetongtarn berkata, walaupun beliau tidak berniat merombak kabinet, beliau merancang untuk bertemu setiap menteri secara individu bagi menilai prestasi mereka untuk tempoh tiga bulan lepas.
Laporan: Dakwaan jenayah terhadap Ralph Marshall tiada merit, permintaan Notis Merah Interpol ditolak - Peguam
Dakwaan yang dibuat India dan Indonesia terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB) yang baru dilantik, Ralph Marshall, adalah tidak berasas, menurut peguamnya Judith Seddon.
Asri Hamidon, Ralph Marshall dilantik terajui DNB - Kementerian Kewangan
Gabungan lantikan profesional merupakan kombinasi kemahiran dan pengalaman tepat membina, memiliki dan menguruskan rangkaian 5G Malaysia