KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil tindakan segera dan tidak hanya bersikap pasif terhadap laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills' yang memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan awal di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (MASA) Azril Mohd Amin berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut dan mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.
"Antaranya, mewujudkan kurikulum yang berfokus kepada kemahiran bagi menepati keperluan, latar belakang, tahap atau minat murid lemah akademik.
"Selain itu, mengaktifkan jawatankuasa khas di peringkat sekolah dengan dianggotai semua pihak berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah, komuniti, ketua kampung atau taman dan badan bukan kerajaan.
"Ini termasuk memastikan jawatankuasa yang dibentuk bekerjasama dalam menangani fenomena keciciran (ponteng sekolah), meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis, mengira) dan memberi kemahiran yang diperlukan murid," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
BACA: Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Mengulas lanjut, Azril berkata, pendefinisian Akta Pendidikan Wajib perlu segera dilakukan dan diperkasakan, serta merangkumi pendidikan peringkat menengah.
"Ini ditambah dengan usaha bagi membantu murid B40 dalam memenuhi keperluan keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, penghargaan dan sempurna kendiri mereka yang perlu diberi perhatian," ujarnya.
Dalam pada itu, Azril menegaskan, Pelan Pendidikan Bukan Formal untuk Menangani Keciciran perlu diperkenalkan sebagai alternatif bagi menangani isu keciciran pembelajaran, khususnya dalam kalangan pelajar B40.
"Hal ini juga perlu diperkukuh dengan penglibatan organisasi masyarakat sivil.
"Membantu anak-anak yang tercicir ini perlu menjadi keutamaan dalam sistem pendidikan kita. KPM perlu ambil tanggungjawab ini dengan lebih serius beserta sokongan dan bantuan semua pihak berkenaan," ujarnya.
Pada Isnin, Bank Dunia mengeluarkan laporan yang antara lain menyatakan, walaupun perbelanjaan besar diperuntukkan kepada sektor pendidikan, iaitu 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, namun tahap pembelajaran dalam kalangan pelajar masih jauh ketinggalan.
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia mampu menguasai kemahiran membaca menjelang akhir Tahun Lima - jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain di rantau ini, termasuk Vietnam.
Laporan itu turut mendakwa wujud ketidakcekapan dan mempersoalkan tahap kualiti pendidikan di negara ini, apabila menyatakan murid yang menghabiskan purata 12.5 tahun di sekolah di Malaysia mempunyai tahap pembelajaran yang bersamaan dengan 8.9 tahun sahaja.
Azril berkata, dapatan Bank Dunia juga selari dan mengesahkan laporan ringkasan dasar 'Pelan Pendidikan untuk Menangani Keciciran Murid di Sekolah Rendah dan Menengah Malaysia' yang dilaksanakan secara kolaboratif antara MASA dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2022.
"Kajian MASA-UKM tersebut mendapati di 19 buah sekolah yang dikaji, antara 10 dan 20 peratus murid sering kali cicir daripada persekolahan (tidak hadir ke sekolah) dan majoriti murid tersebut tidak menguasai kemahiran 3M.
"Walaupun dasar pendidikan wajib sekolah rendah dilaksanakan sejak 2003, serta pelbagai usaha telah dibuat untuk menarik minat murid ke sekolah, malangnya fenomena keciciran persekolahan dan pembelajaran masih gagal ditangani sepenuhnya," ujarnya.
Tambahnya, kajian turut menunjukkan wujudnya keperluan memperkukuh kolaborasi antara KPM, KPWKM, komuniti dan lain-lain pihak berkaitan dalam menangani isu yang semakin membimbangkan ini.
Astro Awani
Wed May 01 2024

AZRIL: Membantu anak-anak yang tercicir perlu jadi keutamaan dalam sistem pendidikan kita; KPM perlu ambil tanggungjawab ini dengan lebih serius.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.

Kerajaan digesa tingkat usaha naik taraf sosio ekonomi wanita - MASA
MASA sokong segala bentuk pelaksanaan dasar yang boleh meningkatkan penyertaan serta kepimpinan wanita dalam sektor swasta dan awam.

CENTHRA komited tingkat mekanisme banteras keganasan di Asia
Cabaran penting yang timbul semasa perbincangan ialah jurang dalam menangani pencabulan hak asasi manusia secara berkesan.

Undang-undang syariah hanya untuk orang Islam - Centhra
Centhra sentiasa mengekalkan bahawa undang-undang syariah, khususnya RUU355 hanya memberi kesan kepada umat Islam dan tidak kena mengena dengan orang bukan Islam.

Kerajaan baharu harus dukung prinsip hak asasi manusia tanpa gentar atau pilih kasih
Persatuan masyarakat sivil itu mengalu-alukan pendirian yang diambil oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Pakatan Harapan.

Centhra adu isu Rohingya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB
Centhra memfailkan aduan rasmi kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendesak tindakan konkrit terhadap kerajaan Myanmar yang menindas masyarakat Rohingya negara itu.

Isu mak nyah: Mahkamah Rayuan tidak timbang tiga perkara mengenai Islam
Adalah menggusarkan apabila penghakiman tidak mengambil kira sekurang-kurangnya tiga hal utama yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam merumuskan hujah penghakiman.
PPMM sambut baik pendirian M'sia tolak hak-hak LGBT
Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Azril Mohd Amin berkata penegasan sikap yang rasional oleh Perdana Menteri mampu menyekat usaha menyebarkan budaya dan ideologi LGBT di negara ini.