Lapangan Terbang Antarabangsa Senai telah mempertingkatkan prosedur perjalanan dan memperkenalkan langkah-langkah baharu untuk memastikan keselamatan kesihatan penumpang berikutan syarikat penerbangan menyambung semula penerbangan domestik secara berperingkat untuk minggu-minggu akan datang.
Pengendali lapangan terbang itu, Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATS), berkata antara langkah dan prosedur tambahan berkenaan termasuk mewajibkan semua penumpang dan pengguna lapangan terbang memakai topeng muka dan menjalani pemeriksaan suhu badan di pintu masuk lapangan terbang dan membenarkan mereka yang mempunyai suhu di bawah 37.5 darjah Celsius sahaja memasuki bangunan.
"Untuk memastikan prosedur itu dipatuhi sepenuhnya, pintu masuk dan keluar ke bangunan terminal hanya terbatas di pintu masuk utama dan dikendalikan oleh anggota keselamatan lapangan terbang," katanya dalam satu kenyataan.
Ia berkata lapangan terbang itu juga telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan penjarakan sosial dengan meletakkan tanda pemisah satu meter di kawasan umum termasuk kaunter daftar masuk, kawasan tempat duduk, pintu masuk, lif, kawasan pengambilan bagasi dan lain-lain.
"Sementara itu, cecair pembasmi kuman, sabun dan air disediakan di sekitar kawasan terminal dan bilik air untuk menggalakkan kebersihan diri yang baik di kalangan pengguna lapangan terbang," katanya.
Penumpang dinasihatkan untuk tiba 90 minit sebelum waktu berlepas untuk mengelakkan beratur panjang kerana prosedur perjalanan tambahan tersebut.
Penumpang juga digalakkan untuk mendaftar masuk secara dalam talian untuk menjimatkan masa dan memastikan perjalanan yang lancar.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Md Derick Basir berkata lapangan terbang itu telah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor sejak sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan meningkatkan langkah pencegahan dan kawalan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di lapangan terbang tersebut.
"Selain melakukan kerja-kerja nyahkuman dan pembersihan di kawasan ramai orang, lapangan terbang baru-baru ini telah menjalani latihan pembasmian kuman berskala penuh dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor untuk melindungi pengguna lapangan terbang kami," katanya.
Lapangan terbang itu juga telah bekerjasama dengan peruncit dan penyewa untuk memastikan mereka mematuhi panduan prosedur operasi standard yang diperkenalkan oleh kerajaan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Johor sejak sebelum bermulanya PKP dengan meningkatkan langkah pencegahan dan kawalan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. - Gambar fail
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.