Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) merupakan antara hanya tujuh lapangan terbang di dunia yang diiktiraf oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) atas prestasinya yang terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada pelanggan.
Maklum balas daripada penumpang mengenai LGK diperoleh melalui Kaji Selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) suku tahun yang dijalankan setiap tahun oleh ACI sebagai penanda aras global untuk lapangan terbang dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata pengiktirafan daripada penumpang akan memberi motivasi kepada komuniti lapangan terbang dan rakan kongsi untuk terus memberikan yang terbaik walaupun menghadapi tempoh mencabar.
"Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang berterusan dan berada di barisan hadapan.
"Kami berharap orang ramai akan mendapat semula keyakinan mereka terhadap perjalanan udara berikutan kami terus melaksanakan langkah-langkah keselamatan pada tahap tertinggi di lapangan terbang dan memastikan pengalaman penumpang tidak terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini.
LGK akan menyertai ACI Director-General's Roll of Excellence yang diwujudkan pada 2011 untuk memberikan pengiktirafan tambahan kepada lapangan terbang yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang.
LGK telah disenaraikan dalam ACI Director-General's Roll of Excellence berdasarkan pencapaiannya yang memenangi pelbagai anugerah ASQ dalam tempoh lima tahun sejak 10 tahun lepas.
Lapangan terbang itu sentiasa mendapat markah yang tinggi untuk perkhidmatan pelanggan dan memenangi anugerah ACI seperti Lapangan Terbang Terbaik Mengikut Wilayah dan Lapangan Terbang Terbaik bagi saiz (dua - lima juta penumpang setahun).
"Pengiktirafan ini juga menjadi bukti kepada komitmen dan usaha kami untuk terus meningkatkan kualiti dan tahap perkhidmatan.
"Pasukan dipacu oleh janji kami untuk mewujudkan hubungan yang ceria, justeru, kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan kami," kata Mohd Shukrie.
Sebagai pintu masuk ke salah satu destinasi percutian paling popular di negara ini, LGK dinaik taraf dan diperluaskan pada 2018 untuk menampung 4.0 juta penumpang setahun.
Lapangan terbang itu mencatatkan sebanyak 2.9 juta pergerakan penumpang pada 2019, meningkat lapan peratus daripada 2018.
Lapangan terbang itu juga telah melalui penambahbaikan yang berjaya dari segi komersial pada tahun lepas yang meningkatkan pengalaman runcit dan sajian makanan supaya penumpang dapat menikmati pengalaman unik di lapangan terbang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 24 2020
![Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi antara tujuh lapangan terbang terbaik dunia Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi antara tujuh lapangan terbang terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/71600954646_LapanganTerbangAnt.jpg)
Maklum balas daripada penumpang mengenai LGK diperoleh melalui Kaji Selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) suku tahun yang dijalankan setiap tahun oleh ACI sebagai penanda aras global untuk lapangan terbang dunia. - Bernama
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Mesin imbas termaju: 17 lapangan terbang tidak perlu asingkan cecair, peranti elektronik Mesin imbas termaju: 17 lapangan terbang tidak perlu asingkan cecair, peranti elektronik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720589590_tbCTScanhandlugg.jpg)
Mesin imbas termaju: 17 lapangan terbang tidak perlu asingkan cecair, peranti elektronik
Pihak berkuasa lapangan terbang Hong Kong dilapor membelanjakan AS$102 juta untuk menambah baik sistem pintar pengimbas keselamatan itu.
![Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720509956_SaifuddinNasutionI.jpg)
Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN
Orang ramai masih boleh membuat laporan dan tiada sebarang halangan selepas waktu itu..
![Thailand: Dekri darurat di selatan Thailand dilanjutkan Thailand: Dekri darurat di selatan Thailand dilanjutkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719750618_950x600.jpg)
Thailand: Dekri darurat di selatan Thailand dilanjutkan
Thailand melanjutkan dekri darurat ke atas tiga wilayah sempadan selatan - Narathiwat, Pattani, dan Yala - selama tiga bulan lagi bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.
![PRK Sungai Bakap: Jangan bimbang keselamatan - Polis PRK Sungai Bakap: Jangan bimbang keselamatan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720166085_TBPRKSgBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Jangan bimbang keselamatan - Polis
Pengundi DUN Sungai Bakap tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu esok kerana keadaan keselamatan berada di tahap paling baik.
![Pengawal sempadan Ukraine sahkan peningkatan aspek ketenteraan di sempadan Belarus Pengawal sempadan Ukraine sahkan peningkatan aspek ketenteraan di sempadan Belarus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691380098_Ukrainiansoldiers.jpg)
Pengawal sempadan Ukraine sahkan peningkatan aspek ketenteraan di sempadan Belarus
Ukraine sedang memperkuat sempadannya dengan Belarus, baik dari segi kubu pertahanan mahupun pengumpulan kekuatan ketenteraan.
![APMM komited naikkan GPI Malaysia APMM komited naikkan GPI Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706784804_APMM.jpg)
APMM komited naikkan GPI Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mempertingkatkan keselamatan di Zon Maritim Malaysia sebagai langkah proaktif untuk memastikan perairan negara terus selamat dan terjamin.
![Mohamed Khaled kongsi perspektif Malaysia di Dialog Shangri-La Mohamed Khaled kongsi perspektif Malaysia di Dialog Shangri-La](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714206501_KhaledNordin.jpg)
Mohamed Khaled kongsi perspektif Malaysia di Dialog Shangri-La
Mohamed Khaled akan mengulas bagaimana bentuk kerjasama baharu ini berkemungkinan mempengaruhi landskap keselamatan serantau sedia ada.
![Minggu Perpaduan 2024: Hayati prinsip faham, hormat & terima dalam memupuk keharmonian Minggu Perpaduan 2024: Hayati prinsip faham, hormat & terima dalam memupuk keharmonian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716643721_MingguPerpaduan.jpg)
Minggu Perpaduan 2024: Hayati prinsip faham, hormat & terima dalam memupuk keharmonian
Setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
![Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716561655_LohSzeYee.jpg)
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
![Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716298921_DatukAzmiAbuKass.jpg)
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam.