PASIR MAS: Tindakan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang berhimpit dalam sebuah kereta Proton Persona untuk masuk ke negara ini gagal apabila mereka ditahan polis, pada Ahad.
Kesemua PATI yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita itu berjaya ditahan polis pada jam 1.30 pagi di atas jambatan Lemal.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, ketika melakukan rondaan anggota bertugas telah melihat sebuah kereta di kawasan Padang Licin menghala ke Pasir Mas.
"Kami dapati kereta itu dipandu dalam keadaan laju dan mencurigakan. Jadi anggota bertugas mengejar kereta tersebut bagi tujuan pemeriksaan," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.
Menurutnya, anggota bertugas turut menghubungi unit peronda yang lain bagi mendapatkan bantuan.
Beliau berkata, bagaimanapun kereta Persona itu berjaya ditahan di atas jambatan Lemal.
Mohd Nasaruddin berkata, dua lelaki yang dipercayai membawa PATI tersebut melarikan diri dan usaha mengesan individu itu gagal membuahkan hasil apabila mereka hilang tanpa jejak.
"Pemeriksaan ke atas kereta itu membawa kepada penemuan PATI tersebut di tempat duduk belakang.
"Hasil pemeriksaan lanjut, kami dapati kesemua individu tersebut tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah masuk ke negara ini," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Dec 12 2021
Lapan PATI warga Myanmar yang terpaksa berhimpit dalam sebuah kereta jenis Proton Persona untuk masuk ke negara ini gagal apabila mereka dicekup polis pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Sarawak rancang bina sekolah berpusat di luar bandar
Faktor penduduk yang berhijrah ke bandar akibat keperluan pekerjaan dan desakan ekonomi turut memberi impak kepada penurunan jumlah pelajar di kawasan luar bandar.Sebagai langkah mengatasinya kerajaan merancang mewujudkan sekolah berpusat yang dilengkapi dengan kemudahan asrama.
Yusof sedia kembali bertanding kerusi DUN jika diberi mandat
Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamad Yusof Apdal berkata beliau bersedia sekiranya diberikan peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
Warisan kekalkan momentum, tegakkan hak rakyat
Parti Warisan Sabah akan mengekalkan momentum perjuangan asal bagi memperjuangkan hak orang Sabah terutama sekali melihat kepada mempertegakkan perjanjian MA-63.
Formula khas rahsia pertahan penmpatan tradisi Melayu
Formula khas jadi rahsia kawasan penempatan tradisi Melayu di Sarawak berjaya dipertahankan dan perlu diteruskan kata premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
JHL Sabah sahkan penemuan bangkai gajah tanpa kepala dan kaki
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah mengesahkan penemuan bangkai gajah tanpa kepala dan kaki berdekatan kawasan Maliau Basin di Kalabakan, Tawau seperti yang ditularkan di media sosial.
Pemergian Allahyarham satu kehilangan kepada Sabah - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada Datin Hajah Kalsom ABd Aziz dan keluarga atas pemergian Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain.
Operasi SAR lelaki dikhuatiri lemas di Batang Rajang diteruskan
Lau King Hock, 29 tahun, dilaporkan hilang pada khamis lepas, selepas menghantar isterinya yang sarat mengandung ke Hospital Kanowit.
Polis tahan suspek kedua terlibat insiden tikaman Saif Ali Khan
Selain luka berhampiran tulang belakang, Saif turut cedera di bahagian leher dan tangan.
Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 8 dan 13 Mei depan untuk tarikh akhir kehadiran pempengaruh, Nurul Shuhada Mat Shukri bagi prosiding kes perbicaraan dicederakan bekas suaminya.
ASEAN 2025 | 20 Jan
ASEAN 2025 harini bersama Nickyson Nyambar membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia gesa pasukan petugas jenayah siber ASEAN mirip Interpol
2. ASEAN jadikan Australia rakan dialog baharu sektor pelancongan
3. Presiden Indonesia mohon maaf berhubung kelewatan bantuan makanan
1. Malaysia gesa pasukan petugas jenayah siber ASEAN mirip Interpol
2. ASEAN jadikan Australia rakan dialog baharu sektor pelancongan
3. Presiden Indonesia mohon maaf berhubung kelewatan bantuan makanan
Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myanmar berada di laut.
Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.
650 pendatang tanpa izin warga Filipina diusir ke negara asal
Kesemua PATI bitu dihantar melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan kapal MV Antonia 1.
Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.
Imigresen tahan 54 pendatang tanpa izin dalam Op Belanja, Sapu dan Selera
Kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Imigresen Sabah hantar pulang 1,773 pendatang warga Filipina tahun ini
Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata tiga siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini
Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.
Pendatang asing lolos: 91 berjaya diberkas, 38 masih diburu - KP Perak
Polis menyeru orang ramai terus bekerjasama bagi mengesan baki tahanan yang masih bebas.
Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.
Polis Thailand tahan 50 PATI dalam perjalanan ke Malaysia
Pasukan keselamatan Thailand hari ini menahan 50 pendatang tanpa izin warga Myanmar dalam satu operasi di Songkhla.