IPOH: Exco Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mengesahkan hasil ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) yang dijalankan minggu lalu mendapati beliau negatif COVID-19.
Bagaimanapun, lapan ahli keluarga Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak itu, termasuk isterinya, disahkan positif COVID-19.
Menurut Zainol Fadzi, selain isterinya yang berumur 52 tahun, lima anak perempuannya berusia 22 hingga 29 tahun, menantu lelaki berusia 29 tahun dan cucu perempuannya berusia 3 tahun, turut positif.
Bagaimanapun, katanya, mereka tidak menunjukkan gejala yang serius dan kini menjalani kuarantin di kediamannya di Kampung Attaduri, Langkap di Teluk Intan sehingga 30 Mei ini.
"Mereka kuarantin di rumah dengan pemantauan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Teluk Intan kerana tidak menunjukkan simptom yang serius.
"Kecuali anak sulung saya yang mengalami demam dan dimasukkan ke Hospital Teluk Intan pada 19 Mei lalu. Dia kini stabil dan dibenarkan keluar wad pada Ahad lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik berkata, beliau tetap menjalani proses kuarantin atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai langkah berjaga-jaga.
"Saya sudah selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19, tetapi saya tetap ambil keputusan untuk kuarantin di rumah berasingan sehingga 30 Mei nanti," ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Tue May 25 2021
Menurut Zainol Fadzi, selain isterinya yang berumur 52 tahun, lima anak perempuannya berusia 22 hingga 29 tahun, menantu lelaki berusia 29 tahun dan cucu perempuannya berusia 3 tahun, turut positif COVID-19.- Gambar fail
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
AWANI Ringkas: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.
Lapangan terbang baharu nilai tambah pertumbuhan ekonomi Sarawak - Abang Johari
Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan dan pelancongan.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Siasatan terperinci, audit keselamatan terhadap syarikat kenderaan terlibat - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menyiasat secara terperinci terhadap syarikat kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Melaka semalam.
Malaysia, Kyrgyz sedia teroka peluang kerjasama dalam bidang pertanian
Perkara itu disepakati dalam pertemuan antara Datuk Seri Mohamad Sabu dan Duta Besar Republik Kyrgyz ke Malaysia Anvar Anarbaev.
Exco Perak sahkan atlet Tingkatan Tiga ditendang, dipijak senior
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Gunung Rapat, dekat sini mengalami kecederaan dipercayai dibuli seorang pelajar lelaki senior tingkatan lima, pada Isnin.
Perak laksana projek rintis Smart Masjid, kawal penggunaan elektrik melalui aplikasi pintar
Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan projek perintis Internet Benda (IoT) yang berupaya merancang dan mengawal pengunaan elektrik di masjid.
Jambatan baharu rentangi Sungai Perak di Kampung Sawa siap
Jambatan baharu yang dibina di Kampung Sawa, dekat sini, selepas jambatan lama dihanyutkan banjir besar pada 2014, siap sepenuhnya.
Perak perhalusi cadangan letak mesin layan diri tuala wanita di sekolah rendah- Exco
Kerajaan negeri Perak akan memperhalusi cadangan untuk meletakkan mesin layan diri tuala wanita di kawasan strategik, khususnya di sekolah rendah.
48 laporan jangkitan saluran pernafasan di Perak
Sebanyak 48 kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di negeri ini setakat Khamis lalu.
Exco Perak disahkan positif COVID-19
Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria disahkan positif COVID-19.
Air Terjun Tanjung Batu, Segari masih terpelihara, yang tular alur air bermusim- Exco Perak
Kawasan terjejas yang tular baru-baru ini adalah alur air bermusim yang hanya muncul apabila hujan terutama ketika hujan lebat.
Penjualan air terawat ke Pulau Pinang masih belum diputuskan - Exco Perak
Isu penjualan air antara Pulau Pinang dan Perak belum dapat diselesaikan kerana Pulau Pinang mahu membeli air mentah manakala kerajaan Perak hanya akan menjual air terawat
34,150 pelajar di Perak mula bersekolah 24 Jun ini
Mereka terdiri daripada 28,813 pelajar tingkatan lima dan 3,847 pelajar tingkatan enam atas di samping 1,034 yang akan menduduki peperiksaan SVM dan 456 STAM.