IPOH: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Gunung Rapat, dekat sini mengalami kecederaan dipercayai dibuli seorang pelajar lelaki senior Tingkatan Lima, pada Isnin.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah yang mengesahkan kejadian itu berkata satu laporan polis telah dibuat penjaga mangsa di Kuala Lumpur pada hari kejadian.
Beliau bagaimanapun berkata pihaknya masih menunggu laporan lanjut daripada Jabatan Kesihatan bagi mengenal pasti tahap kecederaan yang dialami mangsa.
“Saya difahamkan pihak penjaga telah membawa mangsa pulang ke rumah bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan diberi cuti atas faktor keselamatan.
“Selain itu saya juga difahamkan dalam kejadian berkenaan, mangsa telah ditendang dan dipijak (oleh pelajar senior), dan kedua-dua mereka ini merupakan atlet sepak takraw,” katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Khairudin berkata pihaknya juga masih menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa dan pihak sekolah bagi tindakan lanjut terhadap pelajar yang memukul mangsa.
Beliau juga yakin pihak pengurusan sekolah telah mengambil tindakan awal dan susulan sebagai usaha mencegah kejadian sama daripada berulang.
“Pihak sekolah telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) tertentu untuk menyelesaikan atau menyiasat kes ini.
“Saya difahamkan pihak sekolah pun telah pun mendapat laporan penuh daripada mangsa dan juga pelaku. Dan kita tunggu laporan penuh itu untuk kita memastikan kronologi kejadian buli itu,” jelasnya lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Jul 26 2023

Khairudin berkata pihaknya masih menunggu laporan lanjut daripada Jabatan Kesihatan bagi mengenal pasti tahap kecederaan yang dialami mangsa. - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis hampir lengkapkan siasatan kes pelajar sekolah berasrama penuh dibuli - Allaudeen
Setakat ini, Polis Kuala Lumpur telah merakam percakapan seramai 35 individu termasuk pelajar sekolah itu yang didakwa menjadi mangsa buli.

Polis akan ambil keterangan pelajar dakwa dibuli dalam masa terdekat
Polis akan mengambil keterangan seorang pelajar lelaki 14 tahun yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah, kerana mendakwa tidak tahan dibuli, dalam masa terdekat.

Exco Perak sahkan atlet Tingkatan Tiga ditendang, dipijak senior
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Gunung Rapat, dekat sini mengalami kecederaan dipercayai dibuli seorang pelajar lelaki senior tingkatan lima, pada Isnin.

Pelajar cedera dibuli rakan
Mangsa turut mengalami kecederaan ringan pada pipi akibat dipukul.

Amaran keras: Usah sebar video pelajar dibuli - MCMC
(MCMC) hari ini memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan rakaman video seorang pelajar dibuli oleh sekumpulan pelajar lain yang sedang tular di laman sosial.