KUALA LUMPUR: Polis hampir melengkapkan siasatan berhubung kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di sini yang menyebabkan seorang pelajar melarikan diri dari asrama sekolah berkenaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata setakat ini pihaknya telah merakam percakapan seramai 35 individu termasuk pelajar yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolah itu.
Alaudeen berkata setakat ini siasatan polis juga tidak menemukan sebarang pengabaian daripada pihak ibu bapa pelajar berkenaan.
"Ada beberapa individu lagi yang akan dirakam percakapan mereka sebelum pihak polis menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Pada 20 Dis lepas Allaudeen mengesahkan pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki yang melarikan diri dari asrama didakwa akibat dibuli pelajar lain pada 8 Dis lepas.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 selepas ibu kepada pelajar lelaki berusia 14 itu membuat laporan polis.
Sementara itu, ibu kepada pelajar berkenaan mengesahkan anak beliau telah dirakam percakapan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Dis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024

Allaudeen berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 selepas ibu kepada pelajar lelaki berusia 14 itu membuat laporan polis. - Foto fail/BERNAMA

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Polis hampir lengkapkan siasatan kes pelajar sekolah berasrama penuh dibuli - Allaudeen
Setakat ini, Polis Kuala Lumpur telah merakam percakapan seramai 35 individu termasuk pelajar sekolah itu yang didakwa menjadi mangsa buli.

Polis akan ambil keterangan pelajar dakwa dibuli dalam masa terdekat
Polis akan mengambil keterangan seorang pelajar lelaki 14 tahun yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah, kerana mendakwa tidak tahan dibuli, dalam masa terdekat.

Exco Perak sahkan atlet Tingkatan Tiga ditendang, dipijak senior
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Gunung Rapat, dekat sini mengalami kecederaan dipercayai dibuli seorang pelajar lelaki senior tingkatan lima, pada Isnin.

Pelajar cedera dibuli rakan
Mangsa turut mengalami kecederaan ringan pada pipi akibat dipukul.

Amaran keras: Usah sebar video pelajar dibuli - MCMC
(MCMC) hari ini memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan rakaman video seorang pelajar dibuli oleh sekumpulan pelajar lain yang sedang tular di laman sosial.