IPOH: Kerajaan negeri Perak akan memperhalusi cadangan untuk meletakkan mesin layan diri tuala wanita di kawasan strategik, khususnya di sekolah rendah bagi membasmi isu kemiskinan haid secara tuntas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed berkata, keperluan untuk disediakan tuala wanita lebih tertumpu di sekolah rendah, dimana pendedahan tentang perkara itu masih belum meluas.
"Kalau dulu proses datang haid ini di usia melangkah masuk ke sekolah menengah dan kita tidak begitu beri tumpuan kepada pelajar di sekolah rendah.
"Tetapi rata-rata maklum balas yang saya terima daripada pelajar, mereka sudah datang haid sejak sekolah rendah.
"Sebab itu kita sekiranya ada keperluan, kita boleh fikirkan untuk wujudkan (mesin layan diri tuala wanita) di sekolah rendah, seperti mana yang dicadangkan Exco sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Program Pembasmian Kemiskinan Haid: Pemberian Kit Asas Sanitari Wanita (PROKIS) di SMK Raja Chulan, di sini, pada Khamis.
Hadir sama, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), Jamilah Zakaria dan Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 150 pelajar hari ini menerima bantuan sekali beri kit sanitari termasuk tuala wanita yang boleh diguna pakai semula (boleh dibasuh) sehingga empat tahun.
Katanya lagi, PROKIS akan diperluas di 12 daerah di Perak, di mana SMK Raja Chulan menjadi lokasi pertama penganjuran.
"Bagi tahun 2023, PROKIS akan menumpukan penerima dari kalangan pelajar yang layak di Perak melalui kerjasama bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak," katanya.
Ketika ditanya jika ada perancangan untuk memberikan tuala wanita secara percuma kepada pelajar B40 setiap bulan, Salbiah berkata perkara itu masih belum diputuskan.
"Setakat ini belum (bagi percuma setiap bulan), kita akan melihat kepada keputusan responden yang diberikan nanti, bergantung kepada data dan sebagainya," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, mesin layan diri itu turut dicadang untuk ditempatkan di lokasi awam seperti kawasan rekreasi dan sekolah.
Sementara itu, bagi pelajar sekolah, Nur Aqilah Nasuha Muhamad Rizuan Shah, 14, dia dan rakan-rakan menyambut baik cadangan berkenaan, yang memudahkan pelajar mendapatkan tuala wanita.
"Saya setuju sebab memudahkan kami dapatkan tuala wanita, memang boleh minta dengan kawan-kawan atau cikgu tetapi mungkin ada kekangan masa dan sebagainya.
"Kalau tiba-tiba datang haid di sekolah, mungkin kawan-kawan dan cikgu tidak bawa (tuala wanita), kalau ada mesin layan diri lebih senang," katanya.
Pendapat sama diberikan oleh Nur Ainul Najwa Md Badrul Hisyam,14, yang berasakan perkara itu satu keperluan untuk pelajar.
"Saya sokong sebab lebih mudah, kadang-kadang kita faham kawan-kawan pun bawa tuala wanita untuk diri sendiri dan tiada lebih nak bagi," katanya.
Aida Aziz
Thu Feb 09 2023
![Perak perhalusi cadangan letak mesin layan diri tuala wanita di sekolah rendah- Exco Perak perhalusi cadangan letak mesin layan diri tuala wanita di sekolah rendah- Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675934224_SalbiahMohamed.jpg)
Salbiah (duduk, kiri) berkata, keperluan untuk disediakan tuala wanita lebih tertumpu di sekolah rendah, di mana pendedahan tentang perkara itu masih belum meluas. - Foto Astro AWANI
![Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Februari 2025
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
![Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
![Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata pembinaan kompleks CIQ baharu di pihak Thailand telah pun disiapkan beberapa tahun lalu.
![Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734499387_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta
Polis menerima 58 laporan berhubung penipuan skim pelaburan mesin layan diri anjuran sebuah syarikat dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM6.7 juta.
![MHO minta polis siasat skim pelaburan mesin layan diri sebabkan kerugian RM5.2 juta MHO minta polis siasat skim pelaburan mesin layan diri sebabkan kerugian RM5.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739114364_HishamuddinHashim.jpg)
MHO minta polis siasat skim pelaburan mesin layan diri sebabkan kerugian RM5.2 juta
Katanya, kebanyakan mangsa mengenali skim itu melalui laman sosial dan rakan, sebelum membuat pelaburan antara RM1,000 dan RM450,000 seorang.
![Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720858350_tbDzulkeflyAhmad.jpg)
Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat
Peraturan dan perintah larangan berkaitan penjualan produk rokok elektronik atau vape dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.
![KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi peraturan larangan berkaitan penjualan semua produk merokok termasuk menerusi kaedah mesin layan diri (vending machine).
![Polis terima 57 laporan penipuan mesin minuman layan diri libatkan kerugian RM5.3 juta Polis terima 57 laporan penipuan mesin minuman layan diri libatkan kerugian RM5.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718704815_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Polis terima 57 laporan penipuan mesin minuman layan diri libatkan kerugian RM5.3 juta
Polis menerima 57 laporan mengenai skim penipuan mesin minuman layan diri yang melibatkan kerugian lebih RM5.3 juta sejak tahun lalu.
![Perak perhalusi cadangan letak mesin layan diri tuala wanita di sekolah rendah- Exco Perak perhalusi cadangan letak mesin layan diri tuala wanita di sekolah rendah- Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675934224_SalbiahMohamed.jpg)
Perak perhalusi cadangan letak mesin layan diri tuala wanita di sekolah rendah- Exco
Kerajaan negeri Perak akan memperhalusi cadangan untuk meletakkan mesin layan diri tuala wanita di kawasan strategik, khususnya di sekolah rendah.
![Perak cadang tempatkan mesin layan diri tuala wanita di tempat strategik Perak cadang tempatkan mesin layan diri tuala wanita di tempat strategik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645881071_tualawanita.jpg)
Perak cadang tempatkan mesin layan diri tuala wanita di tempat strategik
Perak bercadang untuk menempatkan mesin layan diri sanitari di kawasan strategik, sebagai salah satu langkah menangani isu kemiskinan haid.
![ATLAS Vending lancar Sapot SME libatkan 13 PKS di seluruh negeri ATLAS Vending lancar Sapot SME libatkan 13 PKS di seluruh negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631692308_vendingmachinePKS.jpg)
ATLAS Vending lancar Sapot SME libatkan 13 PKS di seluruh negeri
Ia merupakan inisiatif membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk mengembangkan perniagaan di samping menyokong produk tempatan.
![ATLAS dan PepsiCo menyegarkan barisan hadapan melalui mesin minuman ATLAS dan PepsiCo menyegarkan barisan hadapan melalui mesin minuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617716658_vending.jpg)
ATLAS dan PepsiCo menyegarkan barisan hadapan melalui mesin minuman
Sebanyak 18 mesin layan diri diletakkan di hospital sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Muar dengan variasi minuman kegemaran rakyat Malaysia.
![Pos Malaysia lancar perkhidmatan Dropbox Prabayar Pos Laju Pos Malaysia lancar perkhidmatan Dropbox Prabayar Pos Laju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51466516526_PosMalaysia.jpg)
Pos Malaysia lancar perkhidmatan Dropbox Prabayar Pos Laju
Perkhidmatan Dropbox Prabayar Pos Laju membolehkan pelanggan mengirim barangan mereka menggunakan mesin layan diri.