VIENTIANE: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi dengan hamparan permaidani merah oleh kerajaan Laos di bangunan Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini, sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke negara ini.
Sejurus tiba, Anwar yang ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima jambangan bunga daripada murid sekolah tempatan dan disambut oleh Perdana Menteri Laos Dr Sonexay Siphandone serta isteri Vandala Siphandone.
Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti dengan pemeriksaan kawalan kehormat oleh Anwar, dengan diiringi rakan sejawatannya dari Laos.
Kedua-dua pemimpin kemudiannya meneruskan mesyuarat dua hala dan akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Lao National Railway State Enterprise (LNRSE) serta Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB) dan Thanaleng Pelabuhan Kering (TDP).
Anwar dan Siphandone juga akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Electricite du Lao (EDL).
Ini akan disusuli dengan sidang media bersama sebelum Siphandone menghoskan majlis makan tengah hari rasmi bagi meraikan Anwar dan delegasi Malaysia.
Anwar tiba di sini petang semalam untuk lawatan sulungnya ke negara ini atas jemputan rakan sejawatannya dari Laos dengan diiringi Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
Sejurus tiba, Anwar yang ditemani isteri Dr Wan Azizah disambut oleh Perdana Menteri Laos serta isteri. - Foto BERNAMA
"Dokumen yang dimaksudkan tidak disorok" - Fahmi
Menteri Komunikasi berkata beliau ambik maklum bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan kes ini diremit semula ke Mahkamah Tinggi.
"Maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat dari peguam negara tentang beberapa perkara yang tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut"
#AWANInews
"Maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat dari peguam negara tentang beberapa perkara yang tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut"
#AWANInews
[TERKINI] Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti siding media mingguan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil Di Kementerian Komunikasi, Putrajaya
92 juta pekerjaan terjejas pada 2030 - WEF
Kira-kira 170 peranan baharu dijangka diwujudkan dan 92 juta pekerjaan akan terjejas menjelang 2030 selain menghasilkan peningkatan bersih sebanyak 78 juta pekerjaan baharu.
JS-SEZ bab baharu dalam usaha sama pembangunan ekonomi serantau
Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semalam menandakan bab baharu dalam usaha sama membangunkan ekonomi serantau.
[TERKINI] Pasukan penyiasat mula analisis perakam data penerbangan pesawat Jeju Air
Pasukan penyiasat bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan analisis perakam data penerbangan pesawat malang Jeju Air.
Lelaki mengaku tak bersalah lakukan sumbang mahram anak tiri
Seorang lelaki didakwa atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap seorang anak perempuan tirinya pada 2019 dan 2024.
Peniaga gerai mengaku hina Agong, didenda RM3,000
Seorang peniaga gerai makanan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong di aplikasi X, minggu lalu.
Terbuka Malaysia 2025: Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua
Pasangan beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai melangkah mudah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia 2025.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya kini ranking ke-132 dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Seorang pelakon China yang dilaporkan hilang minggu lalu berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.
Gempa bumi Tibet: PM Anwar ucap takziah, turut bersolidariti bersama China
Anwar Ibrahim berkata Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat China dalam menghadapi bencana tragis ini.
Malaysia, Singapura akan saling bantu bina hubungan dengan negara luar
Malaysia dan Singapura akan terus membantu antara satu sama lain membina hubungan lebih baik dengan negara luar.
PM Singapura berlepas pulang
Wong diberikan upacara pelepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan setempat oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.
Anwar rai rakan sejawat Lawrence Wong dalam majlis makan tengah hari
Sebagai jiran rapat dan anggota pengasas ASEAN, Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan yang lama, luas, dan pelbagai bidang.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura unik, kerjasama dua negara tarik pelaburan global - PM Anwar
Kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama JS-SEZ, enam memorandum persefahaman (MoU), dan satu surat niat (LOI) mengenai pelbagai bidang.
Perdana Menteri Singapura diberi sambutan rasmi
Ketibaannya disambut Anwar pada jam 9.50 pagi tadi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
PM Anwar terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya, hari ini.
Mustahil Anwar tidak tahu kewujudan Titah Adendum - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu, sebagai seorang Perdana Menteri, Anwar terikat dengan ikrar sumpah taat setia kepada Agong serta Perlembagaan Persekutuan.
PM mahu semua kementerian tumpu tingkat keupayaan bidang pelancongan, pelaburan, ekonomi
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setiap negeri dan daerah di Malaysia mempunyai kekuatan masing-masing untuk menarik kehadiran pelancong.