Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan pengurusan yang baharu setelah tamat tempoh penggantungan perlembagaan yang berkuat kuasa 15 Januari lalu.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata sepanjang tempoh enam bulan penggantungan, pengurusan Nafas telah distruktur semula.
Jelasnya, ia bagi memastikan peranan NAFAS sebagai induk pertubuhan peladang dapat dilaksanakan dengan lebih efisen.
“Kerajaan bersikap positif dan proaktif terhadap NAFAS bagi memastikan ia kembali kepada fungsi asal iaitu memajukan kepentingan ekonomi, sosial dan kebajikan ahlinya.
“Adalah diharap dengan saf kepimpinan baharu ini dapat melahirkan lebih ramai pemimpin berintegriti bagi menjamin keperluan golongan sasar,” katanya pada sidang media di ibu pejabat NAFAS, di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menyampaikan amanat kepada Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Nafas selain menyaksikan upacara menandatangani surat aku janji serta bacaan ikrar aku janji oleh kesemua AJP.
Pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi diumum sebagai Pengerusi AJP NAFAS yang baharu.
Mengulas berkenaan lantikan beberapa individu yang berlatar belakang politik, Salahuddin berkata beliau memilih mereka yang benar-benar layak selain mengambil masa yang panjang untuk meneliti profil masing-masing.
"Kalayakan adalah yang paling utama sekali. Jadi keutamaan kita adalah kelayakan dan kebolehan selain kita melihat rekod pencapaian mereka sama ada pernah dalam kerajaan atau parti dahulu atau pengalaman korporat mereka.
"Mengambil kira semua ini, maka yang dilantik ini adalah bagi pandangan kementerian yang benar-benar ada kelayakan.
"Itu pun tertakluk bukan hanya sejauh mana bagus sijil dan pengalaman mereka, namun apabila mereka mula cenderong atau mempunyai isu integriti, saya dan kementerian tidak akan berkompromi langsung dalam perkara ini," tegasnya.
Daripada lima AJP NAFAS lantikan menteri, tiga daripadanya adalah daripada AMANAH dan seorang daripada PKR.
Mereka ialah Pengerusi Amanah Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim; ADUN Apam Putra, Mohd Hisyamuddin Ghazali; ADUN Mahkota yang juga Ketua AMANAH Simpang Renggam, Muhamad Said Jonit; Ahli Dewan Negara yang juga Ketua Cabang PKR Shah Alam, Dr Yaakob Sapari dan Normah Yusof.
Lima lagi AJP yang merupakan calon simpanan daripada pemilihan AJP Nafas 2016 ialah Datuk Abdul Aziz Derashid, Datuk Ahmad Bhari Abd Rahman, Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar, Abdul Kalam Hassan dan Ishak Taib.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Jan 23 2019

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (kiri) menyaksikan Datuk Dr Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi (kanan) membaca lafaz ikrar selepas dilantik sebagai Pengerusi AJP NAFAS yang baharu. - fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Lantikan politik terajui NAFAS, ini jawab menteri
Salahuddin berkata beliau memilih mereka yang benar-benar layak selain mengambil masa yang panjang untuk meneliti profil masing-masing.