Pemilik sebuah bas sekolah di daerah Marang diarahkan menghentikan perkhidmatan serta-merta bermula 14 Julai lalu selepas didapati bas berkenaan tidak diselenggara dengan baik.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata kesalahan itu dikesan selepas Ops Bas Sekolah yang dilaksanakan sepanjang Julai ini.
“Ketika operasi itu, sebanyak tujuh bas sekolah diperiksa dan bas berkenaan didapati tidak diselenggarakan dengan baik kerana lantainya didapati reput dan pecah.
“Pemilik bas dikenakan tindakan saman dan diarahkan menyelenggarakan bas serta membuat pemeriksaan di JPJ dan Puspakom sebelum dibenarkan beroperasi semula,” katanya ketika ditemui media sempena Karnival Keselamatan Jalan Raya Kadet JPJ Terengganu 2019, di sini, hari ini.
Menurutnya, individu yang gagal menyelenggarakan kenderaan berdepan kompaun maksimum sebanyak RM300 dan denda tidak melebihi RM2,000 atau enam bulan penjara jika sabit kesalahan.
Zulkarnain berkata setakat ini sebanyak 20 bas sekolah diperiksa sepanjang Ops Bas Sekolah membabitkan tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang.
Katanya, pihaknya akan terus menjalankan pemeriksaan secara rambang daripada semasa ke semasa bagi memastikan kesemua kenderaan yang digunakan sebagai pengangkutan pelajar sekolah memenuhi piawaian yang ditetapkan.
“Setakat ini kita mengesan lebih 300 bas yang aktif dan akan terus memantau supaya semua berada dalam keadaan baik,” katanya.
BACA: Murid tahun enam maut terjerlus lantai bas berlubang
BACA: JPN Kelantan siasat kes murid digilis bas
BACA: 'Adam anak bongsu kesayangan keluarga' - Ibu murid terjerlus lantai bas cerita detik duka
BACA: Bas berlubang: Keluarga kecewa tiada orang dewasa dalam bas
BACA: Budak maut jatuh bas: Puspakom serah laporan, butiran pemeriksaan
BACA: Keadilan untuk Adam, sila heret operator pengangkutan ke mahkamah ...!
Sinar Harian
Wed Jul 17 2019

Keadaan lantai bas reput yang dikesan ketika Ops Bas Sekolah (Gambar kecil: Zulkarnain). -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.

Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.

Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.

Lelaki tersepit, 15 pelajar sekolah terselamat nahas lori dan bas sekolah
Seramai 15 pelajar terselamat dalam kemalangan membabitkan bas sekolah dinaiki mereka dengan sebuah lori di Kampung Nasib, Jalan Sungai Siput- Kuala Kangsar, dekat sini hari ini.

Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.

Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak
MOT menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac.

Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca
Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.

Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan
Subsidi bersasar bagi diesel yang akan dilaksanakan kelak, tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam untuk mengelak berlaku kenaikan tambang.

Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali
Sistem tempahan dalam talian yang sedia ada memerlukan janji temu dan agak merumitkan.

Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh
Laporan MIROS mengenai kajian sama ada perkara itu boleh dilaksanakan akan mengambil kira faktor itu.