Langkah untuk memperkenalkan semula sekolah aliran Inggeris di negara ini memerlukan penyelidikan dan perbincangan yang menyeluruh sebelum dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.
Beliau berkata ia menjadi topik utama yang akan dibincangkan secara terperinci dengan mengambil kira pertimbangan dan pandangan Penasihat Undang-undang kementerian dan pihak-pihak berkaitan.
"Sekolah aliran Inggeris telah ditukarkan kepada sekolah-sekolah aliran Melayu iaitu selepas kita mempunyai Akta Pendidikan. Di bawah akta tersebut, kita hanya mempunyai sekolah aliran Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah.
"Mungkin sesetengah pihak meminta supaya sekolah aliran Inggeris diwujudkan kembali, pada akhirnya, mungkin pihak lain tidak bersetuju, jadi kita perlu bersikap terbuka dan berbincang," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada Pesta Buah-buahan Tempatan di bangunan Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, Chong berkata kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan mempunyai rancangan pembangunan yang jelas untuk memperbaiki dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
"Melalui Program Dwibahasa (DLP) dan Program Imersif Tinggi (HIP), kita menuju ke arah landasan yang betul. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah mengarahkan supaya kita memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
"Kita juga telah melatih semula 40,000 guru bahasa Inggeris dan mengadakan latihan yang lebih baik untuk guru. Jadi segala-galanya telah digerakkan untuk meningkatkan standard bahasa Inggeris," kata beliau.
Tinjauan oleh Institut Yusof Ishak (Iseas) Singapura yang dikeluarkan oleh pada 13 Nov mendapati bahawa lapan daripada setiap 10 rakyat Johor mahu sekolah-sekolah aliran Inggeris diwujudkan kembali di negeri ini.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar seperti dilaporkan dalam media juga meminta kerajaan supaya mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris seperti di Singapura, melalui dasar tersebut, republik itu telah berkembang pesat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga berkata bahawa sekolah aliran Inggeris harus diwujudkan semula di negara ini untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar supaya mereka boleh bersaing di dunia yang menghadapi penuh cabaran pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2017

Chong (dua, kanan) bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (dua, kiri) dan anggota Parlimen lain menikmati jamuan pada pesta buah-buahan tempatan di perkarangan Bangunan Parlimen pada Rabu. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tunku Azizah syor pendidikan wajib sehingga Tingkatan Lima
Saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya semua rakyat Malaysia diwajibkan bersekolah sehingga Tingkatan Lima, bagi membasmi kemiskinan dan menghentikan perkahwinan kanak-kanak.

Dua sekolah diberi peringatan kerana larangan doa, guna bahasa Cina di PSV - KP Pelajaran
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata pihaknya mengambil maklum kedua-dua isu yang tular di media sosial itu dan sedang mempertimbang mengambil tindakan tatatertib jika perlu.

Kementerian kaji cadangan wajibkan persekolahan hingga tamat SPM
Kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan untuk mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari Tahun Satu sehingga tamat Tingkatan Lima.

Tindakan wajib solat tidak bercanggah dengan Akta Pendidikan
Salah satu langkah yang berkesan dan lebih praktikal dalam melaksanakan pembelajaran Pendidikan Islam adalah melalui amalan solat berjemaah di sekolah.

Langkah perkenal semula sekolah aliran Inggeris perlu perbincangan menyeluruh
Beliau berkata ia menjadi topik utama yang akan dibincangkan secara terperinci dengan mengambil kira pertimbangan dan pandangan Penasihat Undang-undang kementerian dan pihak-pihak berkaitan.

Doa untuk semua, termasuk kesejahteraan bukan Islam - Mahdzir Khalid
Sekolah kebangsaan tidak dibenar menjadi medan untuk penyebaran fahaman-fahaman Islam melampau seperti Daish dan lain-lain bentuk ajaran sesat yang menjurus kepada keganasan.