Dua buah sekolah yang terpalit dengan isu larangan bacaan doa dan menggunakan bahasa Cina sepenuhnya ketika kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) telah diberikan peringatan tegas kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata pihaknya mengambil maklum kedua-dua isu yang tular di media sosial itu dan sedang mempertimbang mengambil tindakan tatatertib jika perlu.
Beliau berkata semua pentadbir sekolah perlu mematuhi Akta Pendidikan dan surat-surat siaran yang diedarkan kepada mereka antaranya surat siaran KPM Bilangan 13 Tahun 2016 - Perkara 5.11 dalam Garis Panduan Pengurusan Majlis/Program/Acara dan Pengurangan Amalan Protokol dan Sambutan di Bahagian/Jabatan Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Selain itu, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang menetapkan mata pelajaran Pendidikan Seni adalah dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu bagi mematuhi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Kenyataan itu merujuk kepada isu larangan bacaan doa sempena majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Tahun 2019 Sekolah Kebangsaan Methodist di Pulau Pinang dan penceramah menyampaikan kursus PSV dalam bahasa Cina sepenuhnya di salah sebuah sekolah di Perak, pada Sabtu.
Amin berkata peringatan sama juga telah diberikan kepada semua sekolah agar mematuhi semua Akta Pendidikan dan surat-surat siaran yang diedarkan.
Beliau berkata ketidakakuran kepada peraturan-peraturan itu boleh membawa kepada tindakan tatatertib atau tindakan lain yang sesuai kepada pihak pentadbir sekolah yang terlibat.
KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan-peraturan yang telah disediakan untuk rujukan semua, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019

KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan-peraturan yang telah disediakan untuk rujukan semua.
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Tunku Azizah syor pendidikan wajib sehingga Tingkatan Lima
Saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya semua rakyat Malaysia diwajibkan bersekolah sehingga Tingkatan Lima, bagi membasmi kemiskinan dan menghentikan perkahwinan kanak-kanak.

Dua sekolah diberi peringatan kerana larangan doa, guna bahasa Cina di PSV - KP Pelajaran
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata pihaknya mengambil maklum kedua-dua isu yang tular di media sosial itu dan sedang mempertimbang mengambil tindakan tatatertib jika perlu.

Kementerian kaji cadangan wajibkan persekolahan hingga tamat SPM
Kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan untuk mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari Tahun Satu sehingga tamat Tingkatan Lima.

Tindakan wajib solat tidak bercanggah dengan Akta Pendidikan
Salah satu langkah yang berkesan dan lebih praktikal dalam melaksanakan pembelajaran Pendidikan Islam adalah melalui amalan solat berjemaah di sekolah.

Langkah perkenal semula sekolah aliran Inggeris perlu perbincangan menyeluruh
Beliau berkata ia menjadi topik utama yang akan dibincangkan secara terperinci dengan mengambil kira pertimbangan dan pandangan Penasihat Undang-undang kementerian dan pihak-pihak berkaitan.

Doa untuk semua, termasuk kesejahteraan bukan Islam - Mahdzir Khalid
Sekolah kebangsaan tidak dibenar menjadi medan untuk penyebaran fahaman-fahaman Islam melampau seperti Daish dan lain-lain bentuk ajaran sesat yang menjurus kepada keganasan.