IPOH: Sebuah kilang memproses sarung tangan getah di Kamunting Raya Industrial di Taiping diarahkan tutup serta-merta dan dikompaun RM25,000 kerana dikesan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata tindakan diambil menerusi operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, dibantu Unit Penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah Taiping ke atas premis itu pukul 10 pagi semalam.
"Pemeriksaan mendapati premis tersebut beroperasi dengan kapasiti kehadiran pekerja melebihi 60 peratus dan telah melanggar SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam kawasan PKP 3.0.
"Pemeriksaan juga mendapati pemilik premis mengemukakan maklumat tidak tepat mengenai kontak rapat dan maklumat lokasi jangkitan sebenar kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Taiping," katanya dalam kenyataan.
Osman berkata premis berkenaan diarahkan ditutup bermula semalam (20 Jun) hingga 27 Jun dan tindakan diambil mengikut Seksyen 18(1)(f) Akta 342 dan Seksyen 22(b) Akta 342.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 20 2021

Premis yang dikompaun itu beroperasi dengan kapasiti kehadiran pekerja melebihi 60 peratus dan melanggar SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam kawasan PKP 3.0. - Gambar hiasan/ Bernama

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.

JKKP Selangor keluar notis henti kerja susulan pekerja maut jatuh dari ketinggian 15 meter
JKKP Selangor telah mengeluarkan satu notis NOP bagi menghentikan semua aktiviti pengubahsuaian di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Jalan Kapar, Klang.

Langgar SOP: Kilang proses sarung tangan dikompaun, diarah tutup
Operasi dijalankan pegawai dan anggota Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, dibantu Unit Penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah Taiping pada pukul 10 pagi semalam.

Menteri terkejut ratusan pekerja kilang berhimpit dalam kontena bau hancing, hapak
Beliau menzahirkan rasa malu dengan keadaan yang menimpa pekerja terbabit dan memberi amaran kepada majikan agar mematuhi kaedah pengendalian pekerja asing mengikut akta sedia ada.

75 kakitangan kilang sarung tangan berdepan detik cemas
Lebih 75 kakitangan sebuah kilang membuat sarung tangan berdepan detik cemas apabila kilang itu terbabit dalam kebakaran.