SHAH ALAM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor telah mengeluarkan satu notis larangan serta merta (NOP) bagi menghentikan semua aktiviti pengubahsuaian dan menaik taraf salah satu bahagian di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Jalan Kapar, Klang, dekat sini, selepas seorang pekerjanya dilaporkan meninggal dunia akibat terjatuh dari satu platform tinggi semasa bekerja Ahad lepas.
Pejabat Pengarah JKKP Selangor dalam kenyataan semalam memaklumkan susulan insiden itu, pihaknya mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat menjalankan siasatan awal dan mendapati pekerja lelaki warga Myanmar itu pada mulanya ditugaskan oleh majikan untuk mengecat steel walkaway platform di tingkat enam kilang berkenaan.
Menurutnya lelaki itu dipercayai tergelincir lalu jatuh dari platform yang tidak diadang daripada ketinggian 15 meter, ke atas lantai kilang dan dia tidak dibekalkan dengan peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.
Susulan itu JKKP Selangor memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.
"Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja dan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya di tempat kerja, melakukan penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.
"Ini adalah bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelak berlakunya kemalangan," menurut kenyataan itu.
Menurutnya kemalangan berkenaan boleh dielakkan jika majikan melakukan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).
Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, lelaki berkenaan yang berumur 60 tahun disahkan mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021

JKKP Selangor akan mengambil tindakan sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967. - BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.

JKKP Selangor keluar notis henti kerja susulan pekerja maut jatuh dari ketinggian 15 meter
JKKP Selangor telah mengeluarkan satu notis NOP bagi menghentikan semua aktiviti pengubahsuaian di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Jalan Kapar, Klang.

Langgar SOP: Kilang proses sarung tangan dikompaun, diarah tutup
Operasi dijalankan pegawai dan anggota Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, dibantu Unit Penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah Taiping pada pukul 10 pagi semalam.

Menteri terkejut ratusan pekerja kilang berhimpit dalam kontena bau hancing, hapak
Beliau menzahirkan rasa malu dengan keadaan yang menimpa pekerja terbabit dan memberi amaran kepada majikan agar mematuhi kaedah pengendalian pekerja asing mengikut akta sedia ada.

75 kakitangan kilang sarung tangan berdepan detik cemas
Lebih 75 kakitangan sebuah kilang membuat sarung tangan berdepan detik cemas apabila kilang itu terbabit dalam kebakaran.